Masakan zat besi yang boleh diperolehi, jom cuba resepi ini. Zat besi merupakan mineral yang penting untuk semua orang dan ia sangat diperlukan bagi menghasilkan sel darah merah dalam tubuh kita. Selain itu, ia membantu menguatkan otot dan memainkan peranan penting untuk menyokong sistem badan.
Oleh itu, salah satu cara untuk anda mendapatkan khasiat ini dengan mudah adalah dengan menyediakan makanan yang kaya dengan zat besi menggunakan Kiub Pati Knorr. Anda juga boleh pelbagaikan menu sarapan pagi, makan tengahari dan juga makan malam yang menarik.
Kiub Pati Knorr Baharu ini bukan sahaja boleh digunakan untuk buat sup saja tau, anda juga boleh gunakan ia untuk pelbagai jenis hidangan lain.
TIADA IDEA NAK MASAK APA? JOM CUBA MENU RINGKAS INI DI RUMAH!
Buat anda yang dah kering idea untuk masak apa dengan menggunakan Kiub Pati Knorr ini, jangan risau! Boleh cuba menu yang kami senaraikan di bawah. Memang menarik dan sedap tau!
1. Menu sarapan pagi
Soto Ayam
Bahan-bahan:
3 Kiub Pati Ayam Knorr
2000ml Air
2sudu besar Minyak
4biji Bawang merah, hiris
½sudu kecil Serbuk kunyit
1sudu besar Rempah sup
1ketul Sup Bunjut
1sudu kecil Serbuk lada putih
1keping Ayam bahagian peha tanpa kulit
Bahan sampingan:
Begedil
Nasi impit
Meehoon, dicelur
Telur, direbus
Taugeh
Bawang merah goreng
Daun bawang
Limau nipis
Langkah-langkah:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah sehingga wangi.
Kemudian, masukkan Kiub Pati Ayam Knorr, air bersama bahan-bahan lain. Biarkan sehingga mendidih. Keluarkan ayam, biarkan sejuk, buang bahagian lemak dan carik halus.
Hidangkan sup dengan bahan sampingan.
Bihun Goreng Pedas Dengan Ayam
Bahan-bahan:
500g Bihun, rendam dalam air dan tos
3sudu besar Minyak masak
2biji Bawang besar, dihiris
100g Kubis, dihiris
1kiub Kiub Pati Ayam Knorr
150ml Air panas
1sudu besar Kicap manis
Garam secukup rasa
Bahan kisar:
4biji Bawang merah
4ulas Bawang putih
30g Udang kering, rendam dalam air dan tos
20g Cili kering, rendam dalam air dan tos
Untuk hiasan:
2sudu besar Bawang goreng
2biji Cili, dihiris
Segenggam hirisan daun bawang
Langkah-langkah
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
Masukkan bawang besar dan ayam. Goreng selama 2 minit. Masukkan bihun, kubis dan kacau rata.
Campurkan Knorr Kiub Pati Ayam bersama air panas dan kemudian masukkan campuran itu bersama kicap manis kedalam kuali dan kacau rata. Perisakan dengan garam jika diperlukan.
Hias dengan bawang goreng, cili dan daun bawang. Dihidangkan panas.
2. MAKANAN TENGAHARI
Kimchi Jjigae Sayuran
Bahan-bahan:
1L Air
350g Kimchi sayuran
50g Cendawan shitake
100g Tauhu lembut
1kiub Kiub Pati Sayuran Knorr
30g Daun bawang
1tsp Minyak bijan
Langkah-langkah:
Didih air di dalam periuk. Masukkan Kiub Pati Sayuran Knorr dan kimchi. Biar mendidih.
Kemudian, masukkan cendawan dan tauhu. Reneh selama 30 saat.
Padamkan api, masukkan daun bawang dan minyak bijan. Hidangkan panas.
3. MAKAN MALAM
Resepi Nasi Goreng Ayam & Telur Masin Pedas
Bahan-bahan:
¼kiub dikisar + 2 sudu besar air panas Kiub Pati Ayam Knorr
3sudu besar Minyak masak
15g Bawang putih, dicincang
120g Dada ayam, dihiris
60g Lobak merah, didadu
50g Kacang hijau
2biji Telur masin, direbus dan dicincang
1tangkai Daun kari
2biji Cili padi, dihiris
3mangkuk Nasi Putih
1sudu teh Kicap cair (ikut kesukaan)
½sudu teh Serbuk lada sulah
Daun bawang dihiris untuk hiasan
Langkah-langkah:
Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih sehingga wangi dan masukkan ayam, lobak merah dan kacang hijau.
Kacau sehingga sebati.Masukkan telur masin, daun kari, cili padi dan goreng sehingga wangi. Kemudian, masukkan nasi dan kacau sehingga sebati.
Tuangkan campuran Kiub Pati Ayam Knorr dan kacau sehingga sebati. Perasakan dengan kicap cair dan serbuk lada sulah.
Hias dengan daun bawang dan hidangkan panas.
Gyoza Cendawan dalam Sup Sayuran
Bahan-bahan:
Untuk inti gyoza
16keping Kulit gyoza
80g Cendawan shitake, diparut halus
120g Kubis, dihiris halus
30g Lobak merah, didadu halus
100g Buah pear, didadu halus
2tangkai Daun ketumbar
¼sudu teh Serbuk lada sulah
1sudu besar Minyak bijan
2sudu besar Kicap cair
Untuk sup
1kiub Kiub Pati Sayuran Knorr
1liter Air
150g Bok choy
60g Lobak merah, dihiris
Langkah-langkah:
Di dalam mangkuk besar, masukkan semua bahan-bahan untuk inti gyoza dan campur sehingga sebati.
Ambil sesudu kecil inti gyoza dan letakkan di bahagian tengah kulit gyoza, basahkan sedikit bahagian tepi dan lipat. Tekan sedikit di bahagian tepinya untuk kelim dengan kemas. Ulangi langkah dengan kulit gyoza yang lain dan sehingga habis. Ketepikan.
Didihkan air di dalam periuk, masukkan gyoza dengan perlahan ke dalam air. Sebaik sahaja gyoza menghanyut ke permukaan air keluarkannya dari periuk
Untuk sup, didihkan air di dalam periuk. Masukkan Kiub Pati Sayuran Knorr dan biarkannya melarut, kemudian masukkan lobak merah dan bok choy. Biar mendidih.
Akhirnya, masukkan cendawan enoki dan gyoza yang sudah dimasak. Padamkan api dan hidangkan panas.
Ha…macam mana? nampak sedap kan menu yang kami cadangkan untuk anda.
Untuk pengetahuan anda, selain kaya dengan zat besi yang memberi tenaga pada tubuh anda, kiub pati Knorr ini juga dibuat dengan ayam direbus empuk selama 4 jam untuk menghasilkan rasa daging yang lebih sedap apabila dicampur dalam masakan anda.
Selain itu, dengan bungkusan berwajah baharu dengan warna hijau semula jadi ini juga melambangkan khasiat baik untuk setiap hidangan anda. Bukan setakat Kiub Pati Ayam saja, terdapat juga Kiub Pati Ikan Bilis, Lembu dan Tom Yam yang anda boleh cuba. Paling penting, kiub pati Knorr ini dijamin halal oleh JAKIM tau!
Jadi, kalau anda mahukan hidangan anda menjadi lebih menarik dan sedap, jangan lupa untuk dapatkan Pati Kiub Knorr ini di mana-mana pasaran berdekatan anda.
BACA JUGA:
Akhirnya Menteri, KKM selesai isu jawatan tetap bidang kesihatan
Sekurang-kurangnya dua dos vaksinasi Covid-19, Thailand perketat aturan baru pelancong