Masih tiada siasatan isu 101 projek runding terus – SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini belum membuka kertas siasatan berhubung 101 projek rundingan terus yang diluluskan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH), kata ketua pesuruhjayanya Azam Baki.

Azam berkata SPRM masih membuat analisis terhadap kesemua projek berkenaan sama ada ia mempunyai unsur rasuah atau sebaliknya.

“Bawah amalan Perbendaharaan, ada tiga kaedah untuk mengeluarkan tender bagi sesuatu projek dan salah satunya adalah secara rundingan terus.

“SPRM sekarang sedang melihat dan mengkaji senarai syarikat yang menerima projek-projek berkenaan dan menilai sama ada terdapat unsur rasuah ataupun tidak dalam rundingan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab bersempena Program Cakna Rasuah: SPRM Bersama Media Zon Selatan di Melaka hari ini.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/540999

COMMENTS

Wordpress (0)