Mat Kilau : 4 hari tayangan berjaya cecah RM11 juta

Mat Kilau : 4 hari tayangan berjaya cecah RM11 juta

Mat Kilau : 4 hari tayangan berjaya cecah RM11 juta.Filem inspirasi sejarah pahlawan Melayu, Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan terus ‘laku keras’ mendapat sambutan apabila kutipan tiket terkininya mencecah RM 11 juta setakat 9 malam tadi.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Golden Screen Cinema (GSC) yang dimuat naik di laman Facebook rasmi, GSC.

Sudah tidak dinafikan lagi Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan telah menarik perhatian ramai penggemar filem tanah air negara khususnya pencinta sejarah kepahlawanan Melayu terdahulu.

Mat Kilau : 4 hari tayangan berjaya cecah RM11 juta

Hasilnya, ia telah mendapat RM11 juta dalam tempoh kurang dari empat hari sejak mula ditayangkan pada 23 Jun baru-baru ini.

Sebelum ini, setakat siang tadi, filem karya Syamsul Yusof ini telah pun berjaya meraih RM 7 juta dalam masa tiga hari sahaja, kongsi TGV Cinemas.

BACA:

Bayi baru lahir layak dapat RM300, ini perinciannya

Netizen geram tengok jemaah masjid tolak budak sampai terlentang

“Jika itu takdirnya…” Puteri Sarah akhirnya pasrah…

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Mat Kilau : 4 hari tayangan berjaya cecah RM11 juta […]