Mat Salih datang ke Malaysia, naik flight lebih 30 jam dari Amerika. Puji KL lebih moden dari NYC? Wah pandai betul beli hati rakyat Malaysia

Mat Salih datang ke Malaysia, naik flight lebih 30 jam dari Amerika. Puji KL lebih moden dari NYC? Wah pandai betul beli hati rakyat Malaysia.

Tak kenal maka tak cinta.

Siapa sangka dari hati yang berat untuk menempuh perjalanan lebih 30 jam ke Malaysia, akhirnya berkunjung ke negara ini berulang kali dalam tempoh singkat!

Begitulah keterujaan seorang rakyat Amerika (AS) menerusi video yang dimuat naik di laman sosial mengenai percutiannya ke Malaysia, baru-baru ini.

“Pada mulanya saya tidak mahu menaiki penerbangan selama lebih 30 jam dari Amerika.

“Tapi saya gembira kerana dapat melakukannya! Keputusan terbaik yang pernah saya buat,”

Tulisnya menerusi keterangan video.

Bukan sekadar itu, dia turu berkongsi kegembiraannya sepanjang berada di Malaysia.

“Masyarakat di Malaysia merupakan antara orang yang paling peramah di muka bumi ini.

“Malaysia sungguh cantik dan penuh dengan alam dan keindahan,” ujarnya lagi.

Malah, dia turut membandingkan Kuala Lumpur dengan bandar raya paling popular di dunia dan bandar paling mahal di dunia untuk didiami, New York.

“Kuala Lumpur bagi saya lebih moden berbanding New York City, dan pastinya lebih selamat.

“Justeru, saya menggesa orang ramai yang melabelkan Malaysia sebagai negara dunia ketiga supaya datang melawat, terutama rakan-rakan senegara saya di Amerika,” katanya yang berkongsi rakaman di sekitar Kuala Lumpur dan Genting Highlands.

Menerusi video berasingan, dia mendedahkan pencutiannya di Malaysia hanya selama dua minggu, tetapi ia berlanjutan hingga lebih dua bulan.

Selain Malaysia, dia turut berkunjung ke beberapa negara Asia Tenggara lain iaitu Thailand dan Indonesia.

“Tapi dalam trip ini, saya kembali ke Malaysia sebanyak tiga kali, tanpa kembali ke AS.

“Pegawai imigresen tengok pasport saya, oh kamu datang ke sini minggu lepas… bulan lepas. Ya, sebab saya menyukainya… Malaysia merupakan negara yang indah,” katanya lagi.

Menurut jejaka itu, antara yang paling menarik perhatiannya di Malaysia adalah restoran, hutan hujan sambil menambah baginya segala-galanya terdapat di negara ini

“Saya sayangkan anda semua, dan saya akan datang kembali! Saya cintakan Malaysia, terima kasih,” katanya menerusi akaun TikTok @random.4.you.

Saya menggesa orang ramai yang melabelkan Malaysia sebagai negara dunia ketiga supaya datang melawat, terutama rakan-rakan senegara saya di Amerika – PELANCONG AS

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata netizen terharu dengan pengalaman yang dikongsikan oleh pelancong Amerika itu.

Pada masa sama, segelintirnya turut mencadangkan beberapa lokasi menarik untuk kunjungannya ke Malaysia pada masa akan datang.

“Terima kasih kerana datang ke Malaysia Sila datang lagi bersama rakan-rakan dan keluarga anda.

“Datang ke Borneo Sarawak dan Sabah lain kali. Lebih mencabar dan menarik untuk diterokai.

“Harap kita berjumpa lagi,’ demikian antara komen netizen.

BACA JUGA:

Hampir 90% rakyat Indonesia isi jemaah haji untuk penerbangan tempatan

SPA9: KKM buka jawatan tetap Pegawai Pergigian, Farmasi

Pemain Bola Sabah, Saddil mohon maaf kepada rakyat Indonesia