Matawang negara di paras membaik lagi berbanding dollar AS. Ringgit melantun semula daripada penurunan lima hari berturut-turut berbanding dolar AS untuk ditutup tinggi hari ini apabila faktor luaran yang kukuh telah meningkatkan sentimen terhadap mata wang tempatan, kata seorang penganalisis.
Pada 6 petang, ringgit berada pada 4.4215/4255 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4375/4405 pada Rabu.
Rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ringgit mengukuh hari ini apabila penggubal dasar China mengulangi sokongannya terhadap pasaran hartanah negara itu yang dilanda masalah, yang seterusnya memberikan sentimen baik kepada pasaran dan pertumbuhan serantau.
Di dalam negara, angka terbaharu inflasi dijangka diumumkan hari ini.
“Saya fikir inflasi keseluruhan akan berkurangan tetapi inflasi teras terus kekal berikutan kos industri perkhidmatan dan makanan yang tinggi,” katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2798/2833 daripada paras penutup 3.2829/2856 pada Rabu dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.3486/3521 daripada 3.3714/374.
Ringgit mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3522/3571 daripada 5.3880/3917 dan meningkat berbanding euro kepada 4.7085/7127 daripada 4.7113/7145.
BACA JUGA:
Angkat sumpah hari ini, menyaksikan Tun Juhar sebagai TYT Sabah 10 tahun lebih lamanya
Bersambung Jumaat, pencarian akhir di tanah runtuh Batang Kali