Mayat wanita ditemui disungai, dipercayai terjun ke sungai ketika larikan diri

Mayat wanita ditemui disungai, dipercayai terjun ke sungai ketika larikan diri.

Mayat wanita yang terjun ke Sungai Belat dekat Jeti Tanjung Punai, di sini, ketika cuba melarikan diri daripada serbuan polis ditemukan lemas, 11.36 pagi, hari ini.

Mayat mangsa berusia 42 tahun itu ditemukan terapung oleh unit selam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, kira-kira 50 meter dari lokasi mangsa terjun.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Wan Zahari Wan Busu berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) disambung pada hari kedua kira-kira 8 pagi tadi.

“Pencarian bertumpu kepada rondaan menggunakan bot di sepanjang sungai berkenaan meggunakan tiga buah bot milik Polis Marin dan JBPM.

“Turut memberi bantuan dalam operasi SAR adalah unit K9 JBPM mengunakan dua ekor anjing nama yang diberi naa Pop dan Blade,” katanya dalam kenyataan, di sini, kelmarin.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke darat untuk siasatan lanjut dan pengecaman oleh anak mangsa mengesahkan identitinya.

BACA JUGA :

Anak lesapkan wang dalam bank ketika ibu terlantar sakit

Pasukan hoki tak lepas ke suku akhir, Malaysia masih berbangga – PMX

Tindak ahli politik sweden bakar al-Quran, Malaysia kutuk sekerasnya