Mcdonals seluruh negara ditutup

Tular di media sosial sebelum ini isu boikot makanan segera, McDonald’s. Premis makanan segera Amerika Syarikat (AS) kembali menjadi tumpuan apabila menutup seluruh francais di Sri Lanka pada Ahad lepas.

Menurut laporan Malaysia Gazette, Mahkamah Tinggi Komersial Colombo telah memerintahkan penutupan seluruh McDonald’s di Sri Lanka pada 4 April.

Penutupan francais makanan tersebut disebabkan syarikat induknya mempertikaikan isu kebersihan francaisnya di Sri Lanka yang dikatakan gagal memenuhi piawaian kebersihan antarabangsa.

Mcdonals seluruh negara ditutup

Penutupan itu diarahkan sementara menunggu siasatan.

Seorang pegawai mahkamah berkata peguam syarikat itu memberitahu mahkamah bahawa mereka telah tamatkan perjanjian francais dengan syarikat tempatan, Abans.

Perbicaraan ini akan disambung pada awal April dan setakat ini tiada kenyataan rasmi daripada pihak McDonald’s atau Abans.

Baca juga: Bibik Zarina lari sebab dakwa dipukul anak autisme