MELAMPAU : “Nak Tengok Dah Sunat Ke Belum?” Ibu Ayah Dakwa Staf Eco Majestic Tarik Seluar Anak Semasa Di Tandas

Dalam kejadian yang berlaku di Semenyih, Kajang baru-baru ini, seorang individu menceritakan pengalaman buruknya ketika makan di salah satu kedai di Eco Majestic.

Cerita individu tersebut, semuanya baik-baik sahaja sehinggalah anak lelakinya ke tandas untuk buang air dan menangis ketika kembali ke meja makan.

Bagaimanapun, ketika ditanya dia hanya mendiamkan diri tetapi anaknya berhenti menjamah makanan di atas meja sehingga mereka beransur pulang.

Bila dalam kereta, anak cerita. Rupanya salah seorang pekerja kedai tu tarik seluar anak saya masa nak ke tandas. Siap cakap ‘nak tengok dah sunat ke belum’.

kedai
Mereka kemudian berpatah balik dan menegur pekerja tersebut namun katanya pekerja itu lagak seperti tiada apa yang berlaku.

Pemilik kedai kemudian meminta maaf kepada keluarga itu dan dia mencadangkan agar pekerja tersebut dibuang kerana akan memburukkan bisnes.

Pada mulanya mereka tidak membuat laporan polis kerana memikirkan tentang bisnes kedai itu namun difahamkan selepas berbincang suami isteri terbabit berubah fikiran.

Dah bincang, akan ke balai untuk buat laporan. Takut terjadi pada orang lain.

kedai

Baca Selanjutnya : Memang patut kena serbu ramai sangat warga asing kat restoran tu