Memang degil, dah kena serbu tapi masih buka kedai, apa nak buat

Walaupun telah menjadi sasaran serbuan sebelum ini, peniaga ‘steamboat’ di hadapan Ampang Park dan penjaja di Jalan Haji Hussein, Kuala Lumpur, masih gigih menjalankan perniagaan tanpa lesen di kawasan tersebut.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan melalui Facebook, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini menyatakan bahawa Jabatan Penguatkuasaan dan Pejabat Cawangan Titiwangsa telah menjalankan Tindakan Khas Aktiviti Penjaja Tanpa Lesen dan Penjaja Warga Asing di sekitar Jalan Haji Hussein dan Jalan Ampang, terutama di hadapan stesen transit aliran ringan (LRT) Ampang Park semalam.

“Pemeriksaan dan tindakan penguatkuasaan terhadap aktiviti perniagaan dan penjajaan, termasuk penjaja makanan, minuman, dan lain-lain yang melanggar undang-undang perniagaan seperti tidak memiliki lesen, salah guna lesen, menghalang lalu lintas di tempat awam, serta penjaja warga asing, telah dijalankan,” kata kenyataan itu.

Memang degil, dah kena serbu tapi masih buka kedai, apa nak buat

DBKL melaporkan bahawa dalam operasi tersebut, enam tindakan sita dan pindah barang atau peralatan yang diletakkan di tempat awam telah diambil terhadap pemilik restoran dan gerai.

Tindakan juga diambil terhadap penjaja tempatan dan warga asing yang menjalankan perniagaan tanpa lesen, dengan merujuk kepada Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 serta Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Penjaja (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016.

Tindakan khas ini merupakan kali kedua dilaksanakan di lokasi yang sama, setelah operasi pertama pada 18 Januari sebelumnya. Antara peralatan yang disita termasuk kerusi meja, payung lipat, skuter elektrik, kenderaan ‘steamboat’ atau ‘lolo’, dan lain-lain.

Barang-barang dan peralatan yang disita akan dibawa ke Setor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk penyimpanan sementara dan dokumentasi.

Baca Juga : Biar betul, tomato harga sampai RM 15 sekilogram