OAG, sebuah platform data utama dalam industri perjalanan global, telah mengumumkan bahawa laluan dari Kuala Lumpur (KUL) ke Lapangan Terbang Changi Singapura (SIN).
Dinobatkan sebagai laluan antarabangsa paling sibuk di dunia pada tahun ini, dengan jumlah tempat duduk mencapai 4.9 juta.
Analisis ini dikuasakan oleh Data Jadual Penerbangan Global OAG dan memberikan tinjauan keseluruhan terhadap prestasi dan trend laluan, baik di peringkat antarabangsa mahupun domestik.
Asia Pasifik sekali lagi memegang rekod dengan memiliki laluan paling sibuk di dunia, menempatkan 7 daripada 10 laluan antarabangsa global teratas dan 9 laluan domestik global teratas.
John Grant, Ketua Penganalisis di OAG, menyatakan, “Asia terus menjadi pilihan utama laluan paling sibuk di dunia kerana popularitinya sebagai destinasi pelancongan yang menarik.”
Kedudukan kedua dipegang oleh laluan dari Kaherah (CAI) ke Jeddah (JED) dengan jumlah tempat duduk sebanyak 4.8 juta, menunjukkan peningkatan daripada 3.4 juta pada tahun 2019.
Lapangan Terbang Heathrow London (LHR) menduduki tempat keempat dalam senarai Lapangan Terbang Global Paling Sibuk di dunia pada tahun ini dengan 49,370,859 tempat duduk.
Grant menambah, “Walaupun kapasiti masih belum pulih sepenuhnya kepada tahap tahun 2019, Heathrow London terus menjadi hub penting dalam perjalanan udara global.”
Sementara itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield-Jackson Atlanta (ATL) berada pada kedudukan pertama dan Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai (DXB) pada kedudukan kedua dalam senarai laluan paling sibuk di dunia.
Dari segi laluan domestik paling sibuk, Beijing (PEK) ke Shanghai Hongqiao (SHA) menduduki tempat pertama di China, manakala Honolulu (HNL) ke Kahului (OGG) merupakan laluan paling sibuk di Amerika Syarikat.
OAG, sebagai platform data terkemuka dalam industri perjalanan global, telah memberi sumbangan kepada pertumbuhan dan inovasi ekosistem perjalanan udara sejak tahun 1929.
Syarikat ini memiliki rangkaian jadual penerbangan dan data status penerbangan terbesar dan paling mapan di dunia.
Baca Juga : Tipu janda RM 27,000, ‘tiktoker’ ini dicari