Memang meletup ATM dikerjakan, sekali ini yang terjadi

Selepas mengaku bersalah, dua lelaki telah dijatuhi hukuman penjara kerana mencuri wang tunai berjumlah £160,000 (RM959,229) dari beberapa mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Mereka mengakui menggunakan bahan letupan semasa melakukan jenayah tersebut. Dalam salah satu insiden, Wesley Shepherd dan Benjamin Thompson berjaya melarikan wang sebanyak hampir £93,000 (RM557,552) walaupun mesin ATM meletup di hadapan mereka.

Berdasarkan laporan, kedua-dua tertuduh menggunakan alat letupan buatan (IED) yang diletakkan pada mesin ATM untuk membuka akses kepada wang tunai.

Memang meletup ATM dikerjakan, sekali ini yang terjadi

Thompson dihukum penjara selama 16 tahun, manakala Shephard dijatuhi hukuman penjara selama 14 tahun dan lapan bulan.

Mereka ditangkap oleh pihak polis beberapa minggu selepas melakukan jenayah tersebut. Polis juga berhasil menemui beg yang mengandungi sarung tangan, helm, pita, alat-alat letupan, dan pemutar skru milik mereka yang dibuang semasa mereka ditahan.

Baca Juga : Aduh, demi cinta sampai jadi Pak Sanggup lepas kekasih hamil anak dengan lelaki lain