Seorang penyewa asrama wanita di Indonesia menjadi perhatian warganet selepas bilik yang dibuka secara paksa oleh pemilik rumah berada dalam keadaan yang teruk dan kotor, lapor Wolipop.
Perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama @nurambar00 itu menunjukkan keadaan dalam bilik tersebut.
Bilik wanita itu dikatakan dipenuhi dengan sampah dan apabila pemilik rumah itu memasuki bilik tersebut, dia berasa sangat terkejut melihatnya.
Didapati bahawa terdapat banyak longgokan sisa plastik yang digunakan untuk membungkus makanan dan minuman dibuang begitu sahaja dalam bilik tersebut.
Pintu bilik itu juga dikatakan susah untuk dibuka kerana sudah terhalang oleh timbunan sampah sarap yang memenuhi ruangan bilik penyewa wanita tersebut.
“Setiap hari tak pernah bergaul dengan jiran dan masuk ke dalam bilik pun secara sembunyi-sembunyi. Tahu-tahu bila biliknya dibuka kelihatan seperti tempat sampah, walhal yang menyewa seorang wanita cantik,” tulis akaun TikTok itu.
Pemilik rumah itu tidak menyangka penyewa wanita tersebut seorang pengotor dan suka melonggokkan sampah.
Pemilik rumah yang merakam dan memuat naik video itu turut menggelengkan kepalanya. Dia juga turut berasa pelik dengan keadaan bilik yang sebegitu serta tertanya berkenaan bagaimana penyewa wanita itu tidur pada waktu malam.
“Kotor betul, saya tak tahu dia tidur di mana sampai tandas juga penuh,” tulis Nurhayati pemilik akaun TikTok itu.
Dalam perkongsian video itu juga, katil di bilik tersebut turut dipenuhi sampah, kertas pembalut makanan, botol minuman, air mineral, bekas bungkusan makanan berlonggok dalam bilik wanita itu.
Nurhayati dalam perkongsian video yang lain, dia turut memuat naik keadaan terkini bilik yang diduduki wanita itu. Kelihatan pemilik rumah itu sedang membuang sampah sarap itu menggunakan sarung tangan dan guni.
Sumber: Wolipop Nurhayati/TikTok
Baca: Kenapa Shah Alam juga yang dipilih jadi ibu negeri? Bukan saja-saja rupanya