Menutup aurat dengan sempurna adalah satu kewajipan dalam agama Islam, sama ada untuk lelaki atau perempuan.
Baru-baru ini, seorang wanita di X telah meluahkan rasa kecewanya terhadap sikap beberapa rakan yang memakai tudung singkat semasa majlis perkahwinan atau pernikahan.
Dalam hantaran tersebut, wanita itu memberi nasihat kepada bakal pengantin lain untuk memberi perhatian terhadap aurat kerana majlis perkahwinan melibatkan ramai tetamu.
“Sedih melihat kawan-kawan sendiri apabila bersanding, tudung mereka kebiasaannya berada di atas dada. Seperti sudah menjadi satu kewajipan.
“Kepada mereka yang belum berkahwin, saya harap mereka mengambil berat tentang isu aurat di majlis hari bahagia mereka. Aurat tetaplah aurat,” katanya.
Hantaran teguran itu mendapat pelbagai reaksi daripada pelayar di X yang memberikan pandangan masing-masing mengenai isu yang dibangkitkan.
Beberapa pengguna X mempersoalkan cara teguran wanita tersebut yang dianggap tidak menghormati privasi rakan, sedangkan dia turut menghadiri majlis tersebut.
“Walaupun cara wanita ini memberi teguran mendapat kritikan, ada juga beberapa netizen yang menyokong tindakannya berkongsi hantaran itu.
“Ada juga yang merasa hairan kenapa teguran tersebut mendapat kecaman ramai.
“La… kenapa semua tak boleh ditegur ni. Padahal tak sebut pun kan kawan dia yang mana satu dan tak mengaibkan kawan dia pun. Lagipun ni teguran umum. Lepas tu dok cakap kenapa tak tegur kawan sendiri.
“Zaman sekarang bila kita tegur depan-depan, akan dianggap kolot, menyibuk, dan akan terus ada pula yang pertahankan mereka. Akhirnya kita yang ‘dipalau’.
“Tapi bila tak tegur akan disoal di sana (akhirat) kelak. Maka kena tegurlah cara macam ni. Moga ia sampai pada yang akan bersanding tak lama lagi dan terbuka hati untuk menutup aurat secara sempurna,” katanya.
Baca Juga : Isteri hilang ingatan, suami tekad jaga bersungguh-sungguh tak fikir kahwin lain