Membanggakan! Seorang lagi anak Malaysia cipta sejarah dapat anugerah antarabangsa di luar negara

Membanggakan! Seorang lagi anak Malaysia cipta sejarah dapat anugerah antarabangsa di luar negara. Seorang lagi anak Malaysia Ainil Asyikin binti Norazman dari Princeton University, New Jersey mendapat anugerah antarabangsa atas kecemerlangan tempat pertama dan melayakkan beliau menerima “The Donald Janssen Dike Award for Excellence in Undergraduate Research”.

Beliau turut menerima wang tunai berjumlah USD$2,000.00 atas kajian beliau bertajuk “Automated Defect Detection: An end-to-end pipeline from data to deployment”.

Di mana kajiannya mengupas penyelesaian permasalahan dalam bidang industri pembuatan kepada penggunaan teknik yang boleh menjimatkan masa dan kos kepakaran dalam mengesan sesuatu kerosakan.

Kejayaan anak muda ini dimaklumkan MARA USA yang turut merakamkan penghargaan kepada Saudari Ainil Asyikin

Atas kecemerlangan ini juga, nama beliau telah dicalonkan untuk berada dalam Sigma Xi, salah sebuah pertubuhan professional antarabangsa yang terlibat dalam pelbagai displin kajian sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Membanggakan! Seorang lagi anak Malaysia cipta sejarah dapat anugerah antarabangsa di luar negara

Terdapat lebih 200 penerima anugerah Nobel dunia merupakan ahli kepada Sigma Xi seperti Albert Einstein (Theory of Relativity), Enrico Fermi (Creator 1st Nuclear Reactor), Linus Pualing (American Biochemist), Francis Crick (DNA molecular biologist), James Watson (Geneticist) dan John Goodenough (Scientist).

Lagi anak Malaysia dapat anugerah antarabangsa

Ainil mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal bermula Ogos 2017 di Princeton University, New Jersey yang merupakan salah sebuah Universiti dalam Ivy League.

Kecemerlangan beliau tidak bermula di sini, malah beliau merupakan bekas pelajar MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan (Sesi 2014) dan penerima Anugerah Biasiswa Perdana yang melayakkan beliau membuat persediaan ke luar negara di bawah United World College bertempat di IB World School, Las Vegas, New Mexico.

Semoga kejayaan ini diteruskan seterusnya mengharumkan nama MARA dan Malaysia pada masa akan datang. SYABAS diucapkan,.

BACA:

Ini beza antara barang kemas 916 dan 999, semua wanita wajib tahu

MBSA buka jawatan kosong, mohon sekarang