Mengamuk akibat pendarahan di paru-paru, kemudian meninggal dunia


Mengamuk akibat pendarahan di paru-paru, kemudian meninggal dunia. Polis Kelantan mengesahkan kematian seorang lelaki yang mengamuk di sebuah masjid di Pulau Melaka, pada Ahad berpunca daripada pendarahan di bahagian paru-paru.
Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, hasil bedah siasatan yang dijalankan mendapati pendarahan itu berlaku akibat tekanan pada bahagian dada.
“Pada masa sama, terdapat kesan calar, lebam dan luka di beberapa bahagian tubuh mangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Media pada Isnin melaporkan lelaki yang maut dipercayai dipukul di sebuah masjid di Pulau Melaka di sini, sempat menunaikan solat sebelum mengamuk.
Muhamad Zaki berkata, pada jam 6.30 petang lelaki berusia 28 tahun itu telah mengamuk dan berlaku pergelutan dengan pengawal keselamatan masjid yang bertugas.
“Kemudian mangsa telah berjaya ditahan dengan bantuan dari pelajar-pelajar tahfiz sebelum memaklumkan perkara itu kepada polis,” katanya.
BACA JUGA:
Denda RM1 juta, penjara 15 tahun jika seludup hidupan liar
Pemandu e-hailing mati dibunuh, polis syak kerana cemburu
COVID-19: Amerika Syarikat bakal tamatkan darurat kecemasan pada 11 Mei
[…] Mengamuk akibat pendarahan di paru-paru, kemudian meninggal dunia […]
They are missionaries for Wycliffe, a bible translation ministry, in Papua New Guinea cheapest place to buy cialis
[…] Mengamuk akibat pendarahan di paru-paru, kemudian meninggal dunia […]
coupons for cialis 20 mg 20 Examples include the Stanford and UCLA IdHEAL population and social EM fellowships and the National Clinical Scholars Program
Your article helped me a lot, is there any more related content? Thanks! https://accounts.binance.com/es/register?ref=GJY4VW8W