Menjadi Muslimah berhemah, ini 14 senarai azam yang boleh dilakukan. Sudah pastinya, ramai dalam kalangan wanita kini, mempunyai pelbagai matlamat yang ingin dicapai dan perubahan yang ingin dilakukan berbanding tahun sebelumnya.
Ini termasuklah ingin menjadi seorang muslimah berhemah yang merangkumi amalan rohani dan jasmani. Mungkin senarai di bawah ini, dapat membantu para muslimah di luar sana untuk melatih diri menjadi lebih baik seperti dikongsikan oleh Puan Siti Suryani Yaakop. Jom lihat senarai di bawah!
Menjadi muslimah berhemah.
1. BANGUN AWAL PAGI & MANDI
Mandi sebelum Subuh ni ubat awet muda mak saya kata. Tapi betul la tu. Mak saya nampak muda bertenaga.
2. SOLAT SUNAT TAHAJUD
Solat tahajud adalah senjata. Apa yang dimohon masa tahajud sama macam anak panah. Tepat ke sasaran.
3. LEPAS SUBUH BACA YASSIN
Yassin adalah hati bagi Al-Quran. Banyak kebaikan baca Al-Quran terutama Yassin di awal pagi.
4. SEDEKAH SUBUH
Kawan saya ajar. Letaklah singgit pun tak apa. Nanti hari Jumaat masuk tabung masjid. Berganda pahala.
5. BACA AL-MATHURAT KETIKA MELAKUKAN RUTIN HARIAN
Baca Al-Mathurat sambil memandu bagi yang bekerja. Sambil buat kerja rumah bagi yang bekerja di rumah. Surah Al Mathurat bila dibaca pagi petang, Insha Allah mampu lindung diri dan hati.
6. TELEFON IBU AYAH
Sekarang canggih. Guna video call lagi baik. Tengok muka mak ayah. Minta berkat dan doa sebelum mula kerja.
7. SOLAT DHUHA
2 rakaat pun jadi. Sebagai membayar hutang zikir anggota kita sehari-hari. Lagi banyak lagilah bagus.
8. AMALKAN SOLAT RAWATIB
Paling hebat sebelum Subuh. Umpama dapat dunia dan seisinya. Lepas tu sebelum dan sesudah Zohor. Kemudian tambah sikit-sikit sampai cukup 10 minimum sehari. Lagi banyak buat lagi bagus.
Al Fatihah itu doa. Jangan lupa qada’ solat wajib masa lalu yang tertinggal.
9. SENAMAN RINGKAS
Berjalan pun cukup. Janji 30 minit sehari. Senaman yang sesuai dan kita suka. Senaman menguatkan tubuh dan jiwa.
10. KURANGKAN MAKAN
Biar badan ringan untuk bergerak. Beribadat. Nabi kata perut ni punca penyakit. Betul kan?
11. DENGAR TAZKIRAH
Dengar paling kurang satu tazkirah sehari. Manusia ni hatinya berbolak balik. Dan kena selalu diingatkan. Carilah cara ingatkan diri sendiri dengan cara yang kita suka.
12. TAMBAH 1 ILMU 1 HARI
Ilmu dunia boleh. Ilmu akhirat baik. Supaya kita sibuk dengan upgrade diri. Orang yang sibuk upgrade diri tak sempat nak lihat benda lain yang downgrading.
13. SESIBUK MANA JANGAN LUPA BACA 3 SURAH INI DARI AL-QURAN
Ustaz saya pesan, sibuk kot mana pun pagi baca Yassin, maghrib Waqiah dan nak tidur Al Mulk.
Ini kalau kita dah busy tak sempat sangat nak baca Quran. At least baca lah tiga ni. Kita cari Quran dekat sini. Quran cari kita dekat sana.
14. AMALAN SEBELUM TIDUR
Baca 3 Qul macam Nabi ajar. Baca doa. Dan maafkan semua orang sebelum tidur.
Aamiin.
BACA JUGA:
Akhirnya Menteri, KKM selesai isu jawatan tetap bidang kesihatan
Sekurang-kurangnya dua dos vaksinasi Covid-19, Thailand perketat aturan baru pelancong