Menjelang usul undi percaya Isnin, semua parti gabungan meterai perjanjian untuk sokong Anwar

Menjelang usul undi percaya Isnin, semua parti gabungan meterai perjanjian untuk sokong Anwar. Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof mengesahkan parti politik yang menyokong pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan memeterai perjanjian berkaitan kerjasama itu hari ini.

Beliau yang juga menteri perladangan dan komoditi berkata, perkara itu melibatkan semua ketua parti yang sebelum ini menyatakan sokongan kepada perdana menteri ke-10.

“Semua ketua parti sudah berbincang, malah hari ini saya balik ada mesyuarat di peringkat Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk melihat kandungan perjanjian,” katanya menurut Berita Harian.

#image_title

Perkara itu mendahului usul percaya bakal dibentangkan di Parlimen Isnin ini.

Bagaimanapun, Fadillah berkata beliau tidak mempunyai maklumat mengenai inti pati perjanjian itu.

Terdahulu, Presiden Warisan Shafie Apdal mengesahkan satu perjumpaan antara parti yang menyokong kerajaan dijangka diadakan esok bagi memeterai perjanjian dalam usaha mengukuhkan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar.

Ahli Parlimen Semporna itu turut mengesahkan akan hadir ke perjumpaan itu.

“Kita akan mengadakan perjumpaan pada Jumaat ini untuk menandatangani perjanjian antara PH dengan parti yang lain, saya akan hadir.

“Ini adalah keutamaan kita. Kurangkan berpolitik, yang penting kepada kita adalah membawa perkara-perkara sewajarnya di landasan yang sepatutnya,” katanya.

BACA JUGA:

Lagi PMX perlu memperbetul kesilapan pemimpin lepas, kali ini rundingan Singapura pula

Penganjur Sotong Ride, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan mahu ambil tindakan tegas

PMX atau Perdana Menteri ke-10 Malaysia, 10 info menarik tentang DSAI