Menteri keracunan gara-gara nak buktikan air sungai bersih

Menteri dikejarkan ke hospital keracunan gara-gara nak buktikan air sungai bersih. Netizen gelakkan menteri dan menganggap perkara itu adalah aksi yang gagal dalam mengejar political mileage.

Melalui video tular yang dimuat naik melalui akaun Twitter, Ashok Swain, menunjukkan Ketua Menteri Punjab, Bhagwant Mann minum air sungai untuk membuktikan kepada penduduk tempatan air itu ‘suci’ dan bersih.

“Bhagwant dilihat mencedok segelas air untuk membuktikan air itu selamat untuk diminum.

“Sekarang dia berada di hospital,” ciapnya.

Bhagwant dikatakan mengalami sakit perut di kediamannya yang terletak di Chandigarh pada Selasa selepas minum air sungai itu.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Kali Bein yang terletak di kota Sultanpur Lodhi Punjab.

Ahli politik itu dibawa ke Hospital Apollo Indraprastha di Sarita Vihar dan dilaporkan dimasukkan ke hospital di Delhi, India.

Namun begitu, pihak jurucakap Bhagwant menafikan hal tersebut.

“Bhagwant dibawa ke hospital untuk pemeriksaan rutin,” katanya.

Warganet menggelarnya aksi Bhagwant sebagai ‘aksi yang gagal’.

BACA JUGA : 

Gempar!!! Satu Balai Polis letak jawatan 

Ini kisah perkenalan Wany Hasrita dan Al Adib Fahmi sebelum bernikah

Pelik tapi benar, mangsa kemalangan maut tersepit tayar dan bumper kereta