Menurut Kajian, Cili bukan Punca Sakit Perut.. Namun Boleh panjangkan Umur Manusia

Menurut Kajian, Cili bukan Punca Sakit Perut.. Namun Boleh panjangkan Umur Manusia. Kebanyakan masyarakat masih menganggap pengambilan cili boleh mengganggu kesihatan perut dan menyebabkan ulser perut dan buasir.

Buktinya kaji selidik yang dilakukan laman Facebook kesihatan Public Health Malaysia (PHM) mendapati majoriti responden (79 peratus) berpendapat makanan pedas memudaratkan, manakala hanya 21 peratus sahaja yang memilih cili sebagai sayuran yang baik.

Hakikatnya, cili mengandungi ‘capsaicin’ yang mempunyai banyak kebaikan, antaranya meningkatkan metabolisme, mengurangkan ketagihan gula, mengurangkan keradangan dan memanjangkan jangka hayat.

Malah khasiatnya yang bersifat pelindung tidak menyebabkan luka di perut.

“Capsaicin boleh menyekat rembesan asid, merangsang alkali dan rembesan mukus serta melancarkan peredaran darah dalam perut.

“Ini mampu melindungi lapisan dalam perut dari terluka,” menurut catatan.

Katanya cili juga tidak mempunyai kesan kepada masalah buasir, namun pesakit yang mempunyai luka di dubur perlu berhati-hati kerana makanan pedas boleh menyebabkan luka menjadi pedih.

Namun pengambilan berlebihan, sama seperti mana-mana makanan, akan menyebabkan masalah penghadaman seperti makanan tidak hadam dan sakit perut.

“Walaupun pengambilan cili mempunyai manfaat kesihatan, jangan ambil dalam kuantiti yang terlalu banyak.

“Khasiat cili ini tidak termasuk produk makanan yang telah diproses seperti sos cili, serbuk perasa cili dan bahan proses lain yang tinggi garam,” katanya.

BACA JUGA:

Hassan Karim tuntut janji Anwar letak SPRM bawah parlimen

IPT disarankan mempunyai mekanisme pastikan hasil kerja pelajar tulen, tidak dihasilkan oleh teknologi sepenuhnya

AS laksanakan sekatan ke atas firma Malaysia yang terbabit dalam penjualan petroleum Iran bernilai ratusan juta dollar