Menyamar “kerabat istana” lelaki ugut teman sejenis sebar video bogel

Menyamar “kerabat istana” lelaki ugut teman sejenis sebar video bogel

Penangan cinta pasangan sejenis, seorang lelaki sanggup melesapkan barang kemas ibunya bernilai RM370,000 selain kehilangan wang berjumlah RM201,000 akibat ditipu.

Lebih memburukkan keadaan, mangsa berusia 20-an dan bekerja sebagai peniaga dalam talian turut diugut akan disebarkan video bogel oleh “teman lelakinya” yang kononnya seorang kerabat istana.

Ketua Polis Kelantan, Shafien Mamat berkata, pada 30 Mei lalu mangsa berkenalan dengan suspek melalui aplikasi sembang sosial golongan sejenis dengan menggunakan nama gelaran “Tengku”.

Menyamar "kerabat istana" lelaki ugut teman sejenis sebar video bogel

Mangsa berkenalan dengan suspek melalui aplikasi sembang sosial golongan sejenis, yang menggunakan nama gelaran ‘Tengku’, kata Ketua Polis Kelantan Shafien Mamat.

“Sebaik sahaja berkenalan, suspek bertanyakan mengenai emas dan apabila mangsa menyatakan bahawa ibunya memiliki banyak barang kemas, suspek meminta lelaki itu menyerahkan barangan berkenaan untuk dilihatnya sebagai bukti kesetiaan dan kasih sayang mangsa kepadanya.

“Mangsa yang terpedaya dengan janji suspek kononnya akan memulangkan barangan kemas itu membuat dua kali penghantaran, iaitu pada 31 Mei menggunakan perkhidmatan teksi diikuti 2 Jun lalu dengan e-panggilan kepada pembantu peribadi ‘Tengku’ yang berada di Kota Bharu,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Shafien berkata, sepanjang tempoh perkenalan, mangsa turut membuat beberapa pindahan wang berjumlah RM201,000 ke dua akaun bank milik individu pihak ketiga atas alasan sama, malah dia juga dijanjikan hadiah sebuah kenderaan trak pikap.

Katanya, mangsa membuat laporan polis Selasa lalu, selepas berasa ditipu suspek kerana tidak pernah datang berjumpanya seperti dijanjikan dan tidak memulangkan kembali barang kemas milik ibunya itu.

“Suspek juga terus memaksa mangsa menyerahkan wang kepadanya termasuk mengugut untuk menyebarkan video bogel mangsa.

“Kes kini dalam siasatan polis kerana kesalahan menipu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, pesalah boleh dipenjara maksimum 10 tahun serta dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda,” katanya.

Shafien mengingatkan orang ramai sentiasa berwaspada semasa berurusan dalam talian, tidak terpedaya dengan janji manis individu yang baharu dikenali dan berhati-hati dengan sindiket “Love Scam” agar tidak menjadi mangsa seterusnya.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/17/penangan-cinta-pasangan-sejenis-lelaki-serah-barang-kemas-ibu-rm370000-kepada-kekasih-kerabat-istana/

BACA JUGA :
[VIDEO] Ini 4 tanda jika kucing anda sedang demam
Thailand tampil dengan kaedah baru untuk kesan Covid-19 melalui peluh ketiak
Gara-gara tertidur atas telefon, tokan ganja ‘kantoi’ tak sengaja call polis datang rumah