Uncle Slocumm bukan watak rekaan tetapi orang sebenar, ini kisah pembunuhan pengasas Gardenia yang pernah kecoh dulu
Sebut sahaja pasal roti Gardenia pasti korang tahu yang ia merupakan makanan ruji terkenal dan pernah menjadi rebutan semasa PKP.
Tidak lupa juga lagu tema Gardenia yang sering didengari di dalam radio dan televisyen.
Uncle Slocumm bukan watak rekaan tetapi orang sebenar, ini kisah pembunuhan pengasas Gardenia yang pernah kecoh dulu
Kalau korang nak tahu, Gardenia ialah syarikat yang sudah lama bertapak di Malaysia pada tahun 1986. Banyak juga pencapian yang mereka kecapi seperti sistem kualiti, anugerah pilihan pengguna, pembekal terbaik dan sebagainya.
Namun, disebalik kejayaan dan populariti syarikat Gardenia di Malaysia ini sebenarnya tersimpan satu kisah pelik yang melibatkan pengasasnya iaitu Horatio Sye Slocumm atau nama panggilan, “Uncle Slocumm“. Jadi, mari kami bongkarkan segala kisah-kisah pelik yang ramai tidak tahu.
Uncle Slocumm bukan karakter fiksyen tetapi orang sebenar
Uncle Slocumm ialah pembuat roti Amerika Utara. Dia mempunyai 35 tahun pengalaman membuat roti dengan salah satu rangkaian kedai roti terkemuka di Amerika dan dihantar ke Sabah pada tahun 1969 oleh International Executive Service Corps, sebuah perkhidmatan sukarelawan tidak berkeuntungan yang bertujuan untuk membantu ekonomi Negara-negara Dunia Ketiga.
Di sana dia mengajar pengusaha tempatan untuk membuat roti dan jenama Gardenia bermula pada tahun yang sama. Sebagai penghormatan atas sumbangannya kepada penduduk tempatan, slogan “Resipi asal Uncle Slocumm” masih digunakan oleh jenama ini hingga hari ini.
Namun, terdapat satu kisah yang lama tersembunyi dalam bungkusan roti Gardenia.
Sebenarnya Uncle Slocumm bukan seorang sahaja yang mengasaskan syarikat Gardenia. Hal ini kerana seorang lelaki dari Sabah, yang sangat memerlukan pertolongan ketika pertama kali bertemu dengan Uncle Slocumm, dia ialah Datuk Wong Tze Fatt yang menjadi tulang belakang dalam mengasaskan Gardenia bersama Uncle Slocumm bahkan disebabkan dia jugalah Gardenia semakin maju.
Roti Gardenia di Malaysia Timur lagi mahal berbanding Semanjung Malaysia
Pernah tak terfikir kenapa rakan Sabah dan Sarawak korang selalu memborong roti Gardenia mereka setiap kali mereka mahu pulang ke kampung halaman mereka? Mungkin segelintir dari korang akan tahu kenapa mereka beli roti Gardenia banyak-banyak sebelum balik ke Sabah dan Sarawak. Sebenarnya, harga roti Gardenia di Sabah dan Sarawak sangat mahal jika dibandingkan di Semenanjung Malaysia.
Hal ini kerana berdasarkan kenyataan Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. (GBKL), terdapat satu lagi syarikat Gardenia di Sabah, Sarawak dan Indonesia iaitu Gardenia Bakeries (Malaysia Timur) Sdn. Bhd. tetapi kedua-duanya saling tiada kaitan.
Walaupun syarikat Gardenia yang sama tetapi Gardenia Malaysia Timur berhak menggunakan logo Gardenia mengikut kehendak mereka sendiri.
Mesti korang akan tanya apasal tidak buka sahaja GBKL di Sabah dan Sarawak tetapi sebenarnya atas alasan francais, GBKL hanya dibenarkan mengedar roti di kawasan Semenanjung Malaysia sahaja.
Selain itu, kenapa harga roti Gardenia di Sabah dan Sarawak sangat mahal jika dibandingkan dengan Semenanjung Malaysia kerana dipengaruhi kos pengangkutan.
Sebenarnya, semua ini bermula dengan Wong, yang merupakan seorang usahawan. Pada masa remajanya, dia telah menjalankan perniagaan kedai kopi ayahnya, kemudian mengubahnya menjadi salah satu pasar raya terkenal di Sabah yang disebut Pasar Tong Hing.
Wong juga pada masa itu telah mengembangkan bisnesnya dalam pembuatan roti.
Namun, bisnes roti Wong sebenarnya tidak bertahan lama maka dia telah pergi ke kedutaan Amerika dan di situlah dia berjumpa dengan Uncle Slocumm. Wong belajar membuat roti dan akhirnya memulakan Gardenia bersama Jim Humphries.
Pada mulanya, Gardenia hanya menjual roti tetapi ketika perniagaan berkembang, Wong mencuba sesuatu yang baru.
Gardenia pernah mengeluarkan produk air tin dan Aiskrim tapi ramai tak tahu
Sekali pandang macam Azlee Senario tetapi bukan ye dan inilah iklan minuman ringan Gardenia.
Pada 30 Januari 1981, Gardenia telah bekerjasama dengan Pepsi International Company, yang terkenal dengan minuman ringan Pepsi Cola dan Mirinda. Beginilah bermulanya Gardenia Beverage Sdn. Bhd. di bawah Tong Hing Group dan sebab mengapa korang boleh dapatkan minuman ringan dalam tin dengan label Gardenia di Sabah dan Sarawak.
Sebenarnya, Gardenia Beverage sudah lama menerima francais Pepsi Company International sejak 1978. Dengan pengenalan minuman ringan, ia mengukuhkan hubungan antara syarikat terkenal Sabah, Tong Hing Group, dengan Pepsi Company International.
Projek ini dirancang oleh K.H. Wong dari Kota Kinabalu, seorang Arkitek British Bersekutu, bekerjasama dengan Kumpulan Karim Lai Architects Kuala Lumpur. Jumlah pelaburan untuk projek tersebut berjumlah lebih dari $ 6 juta.
Selain Gardenia Beverage, terdapat juga produk Gardenia lain yang dihasilkan seperti ais krim dan kek. Bukan itu sahaja, Gardenia juga menyediakan katering dalam penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan beberapa penerbangan seperti Royal Brunei Airline dan Korean Air.
Kejayaan Gardenia dalam pelbagai bidang membuahkan hasil kerana Gardenia telah berkembang ke Semenanjung Malaysia, Singapura dan negara-negara Asia Tenggara yang lain.
Namun, pada tahun 1984, Wong Tze Fatt memutuskan untuk melepaskan beberapa syarikat Gardenia, termasuk syarikat di Semenanjung Malaysia, kepada syarikat multinasional dengan sejarah sebagai pengimport makanan terbesar di Singapura dan Malaysia yang disebut QAF Limited (QAF).
Sejak itu, syarikat Gardenia di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. dan operasinya berbeza dengan yang ada di Sabah.
“Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd [GBKL] hanya beroperasi di Semenanjung Malaysia dan membekalkan ke pasaran ini sahaja. Gardenia Sabah merangkumi pasaran tersebut secara khusus. Kedua-dua syarikat mempunyai pengurusan yang sama sekali berbeza, dasar yang berbeza dan sistem operasi yang berbeza” – Gardenia Bakeries (KL), dipetik dari kenyataan Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd.
Wong Tze Fatt telah dibunuh dalam satu rompakan
Pada 9 Disember 2004, seorang pendatang asing yang dikenali sebagai Den, memasuki rumah Wong dengan niat untuk merompak. Pada mulanya Den menyedari bahawa rumah itu tidak kosong maka dia membuat keputusan untuk memukul Wong dan isterinya.
Dia memukul kepala Wong sebelum mencekik isteri Wong, Lee supaya senang nak merompak. Den kemudian memutuskan untuk membakar bilik Lee untuk membuang semua bukti tetapi ia tidak berjaya.
Semasa dia melakukan itu, abang Wong, Tze Kong dan anak lelaki Wong, John datang ke rumah untuk memeriksa Wong dan isterinya setelah menerima panggilan dari Hotel Jesselton, yang dimiliki oleh Wong.
Kakitangan hotel mendakwa bahawa pasangan itu tidak mendapat sarapan pagi mereka setiap pagi.
Semasa Tze Kong dan John tiba di rumah itu, mereka melihat Den, yang telah mengarahkan mereka berdua untuk pergi sebelum membakar bilik Lee. Menurut Pegawai Penyiasatan Jenayah Polis Sabah Senior Asst Comm II Bakri Zinin, kes itu kini ditutup dan pencuri itu mungkin tidak masuk ke dalam rumah dengan niat untuk membunuh pasangan itu.
“Kami lebih yakin sekarang bahawa kejadian ini bermula dengan kecurian tetapi mengakibatkan pembunuhan.” – Bakri Zinin, Pegawai Penyiasatan Jenayah Polis, dipetik dari The Star.
Setelah kematian Wong, syarikat Wong diambil alih oleh JWPK Holdings. Pada tahun 2020, sebuah syarikat yang menawarkan pelbagai produk dari makanan dan minuman hingga penjagaan diri, Kim Teck Cheong, membeli lesen untuk memperdagangkan Gardenia di Sabah, Sarawak dan Indonesia.
Dalam pada itu, keluarga Wong meneruskan warisan perniagaannya iaitu cucu perempuannya, Sarah Wong, yang kini menjadi Pengarah Pasar Raya Tong Hing.
Walaupun kedua-dua Uncle Slocumm dan Wong telah meninggal dunia, warisan mereka tidak berakhir begitu sahaja. Hal ini kerana hasil produk mereka seperti roti Gardenia, minuman ringan, makanan dalam penerbangan, bahkan ais krim menjadi satu sejarah.
Baca Selanjutnya :
- HEBAT! Atok 83 Tahun Kahwin Anak Dara 27 Tahun. Cinta Tak Kenal Usia Katanya, Ini Kisah Cinta Mereka Berputih
- HEBOH! Perdana Menteri Cuba Dijatuhkan Adik Kandung Sendiri Kerana Korupsi Terbongkar!
- TEKNOLOGI! : Starlink Sudah Boleh Di Langgan Oleh Rakyat Malaysia, Siap Boleh ‘Refund’ Kalau Tak Puas Hati!