Minyak paket makcik pisang goreng tidak boleh guna? Ini jawapan PM Ismail Sabri

Minyak paket makcik pisang goreng tidak boleh guna? Ini jawapan PM Ismail Sabri. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ada pihak yang cuba memutarbelitkan kenyataannya berkenaan minyak paket yang digunakan Makcik Goreng Pisang.

Beliau menegaskan sebenarnya, minyak paket yang bersubsidi adalah untuk kegunaan domestik, bukan komersial.

“Namun, apabila peniaga kecil menggunakan minyak berpaket, adakah kita akan saman mereka?

“Sudah pasti kita tidak sampai hati untuk mengeluarkan saman terhadap peniaga kecil yang menggunakan minyak paket.

“Bukan sesuatu yang mudah tetapi ada perkara-perkara yang kita perlu pertimbangkan.

“Tetapi, Kerajaan tidak berdiam diri. Insya Allah kita akan lakukan yang terbaik dalam menangani perkara ini,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Minyak paket makcik pisang goreng tidak boleh guna? Ini jawapan PM Ismail Sabri

Dalam sidang Dewan Rakyat hari ini, Ismail yang juga Ahli Parlimen Bera mengakui subsidi bersasar masih belum boleh dilaksanakan, tetapi, mekanisme sesuai sedang dirangka supaya tidak ada mana-mana pihak yang tercicir.

Ini kerana, katanya masih terdapat beberapa faktor yang menyebabkan subsidi bersasar tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan, termasuk pemberian subsidi terhadap minyak masak berpeket.

“Yang susah nak kawal, minyak masak peket untuk kegunaan rumah tetapi pengusaha-pengusaha…restoran besar menggunakannya dan satu lagi agak sukar nak kawal, tak sampai hati nak ambil tindakan terhadap makcik-makcik yang jual pisang goreng.

“Mereka tak boleh gunakan minyak masak untuk kegunaan jual pisang goreng itu salah, sebab minyak masak peket tidak boleh untuk komersial.

“Tapi adakah penguat kuasa nak saman makcik atau rampas minyak masak mereka? Nanti dituduh kita zalim pula kepada rakyat yang miskin ini yang nak menjual… kais pagi makan pagi,” ujarnya.

Sehubungan itu, Ismail berkata, ada perkara yang perlu dipertimbangkan tetapi kerajaan tidak berdiam diri sebaliknya akan melakukan yang terbaik untuk kepentingan negara.

Perdana Menteri itu berkata demikian dalam sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) yang bertanya mengenai tindakan kerajaan untuk menangani kenaikan kos sara hidup rakyat.

BACA LAGI :

Isteri berang disoal kenapa tak masak, pukul suami sampai mati

Penyanyi popular ini sanggup murtad, semata-mata mahu harta warisan

Ini punca aset Petronas dirampas waris kesultanan Sulu