Misteri tokong di penuhi pakaian dalam wanita bergantungan menjadi tanda tanya apa sebenar yang berlaku
Tak pasti sama ada berita ini sebuah kejadian misteri ataupun melucukan.
Tetapi sebenarnya ia agak menggerunkan! Sebuah tokong lama dan terbiar di Jepun didapati sangat pelik kerana di situ didapati puluhan coli digantung di silingnya.
Kini menjadi viral di negara Matahari Terbit itu tentang tokong tersebut kerana motif ia dijadikan lokasi koleksi coli masih tidak diketahui semua orang sekaligus menimbulkan tanda tanya.
Mereka menggelarkan tempat ini sebagai tokong coli dan misteri tokong coli dipaparkan dalam rancangan TV.
Menurut laporan Rocketnews 24, tokong itu terletak dalam sebuah bangunan lama yang dipanggil sebagai haikyo.
Coli digantung di serata siling juga digantung bersama anak patung tidak berbaju yang dipaku di dinding.
Tokong ini dilaporkan telah ditutup pada 2002 selepas banyak aduan daripada orang ramai yang mendakwa ia telah menipu ramai pengguna yang bertandang ke situ. Malah, ada yang memanggilnya sebagai tokong si penipu.
Tokong berkenaan di selubungi misteri dan kekal menjadi rahsia sehingga tahun-tahun mendatang memandangkan tiada siapa yang mengetahui kisah sebenar di sebalik coli bergantungan itu.
Baca Selanjutnya :