Misteri sekumpulan wanita berpurdah hitam dalam stadium

Tular satu video baru-baru ini yang memaparkan beberapa individu mengenakan pakaian serba hitam ketika perlawanan PDRM menentang Selangor di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Kehadiran kira-kira lapan sosok berkelubung hitam ini telah mencetuskan tanda tanya dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya para peminat bola sepak.

Beberapa peminat bola sepak yang hadir ke stadium tersebut ketika perlawanan turut merakam kelibat individu berkenaan sebelum berkongsi di media sosial.

Misteri sekumpulan wanita berpurdah hitam dalam stadium

Empat daripada lembaga hitam tersebut didapati duduk di kawasan yang terasing daripada orang ramai. Ini yang menjadikan kehadiran mereka disulami misteri dan rasa seram dalam kalangan penonton yang hadir.

Dalam sudut pandang yang berlainan, empat lagi entiti misteri ini dilihat duduk berdekatan kawasan yang menjadi kawasan tumpuan orang ramai.

Sungguhpun berdekatan dengan peminat bola yang lain, kehadiran mereka masih dianggap misteri dan menyuntik rasa seram dalam kalangan pengunjung di sana.

Selain itu, rakaman sosok lembaga hitam misteri ini juga dirakam menerusi sesi siaran langsung di televisyen. Seorang pengulas bola sepak didapati terdiam apabila kamera tiba-tiba memaparkan kelibat lembaga tersebut ketika perlawanan berlangsung.

“Oh… (diam seketika). Saya yakin anda di rumah juga turut sama menyaksikan apa yang saya lihat,” ujar pengulas bola sepak.

Susulan penampakan kelibat lembaga hitam tersebut, warga maya mula berteka teki mengenai keberadaan individu-individu berkenaan di stadium. Pelbagai versi teori mula berlegar-legar di media sosial sehingga ke saat ini.
Misteri kelibat berpakaian hitam di Stadium MBPJ sudah terungkai, rupanya…

Namun, misteri lembaga hitam di Stadium MBPJ terjawab melalui satu pendedahan yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook.

@jobottheclown SERAM! penampakan di Stadium MBPJ. Selangor FC vs PDRM FC. #kisahnyata #mbpj #stadiummbpj #pdrm #pdrmfc #selangorfc #hantuviral #hantuviral #fypシ #viralvideo #viralterkini #ceritahantu #purdah #muslimah ♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

Pengguna Facebook yang dikenali sebagai Zainuddin MJ berkata, kehadiran individu berpakaian serba hitam itu adalah sebahagian daripada promosi filem ‘Rahsia’.

Difahamkan, filem Rahsia bakal ditayangkan di panggung wayang pada 10 Ogos 2023. Maka, tidak hairanlah pihak penerbit mengambil peluang ini untuk mempromosi filem tersebut.

Untuk makluman, Rahsia (2023) merupakan reboot kepada filem Rahsia (1987) yang pernah dinobatkan sebagai pemenang Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-7 (FFM7) dan membolot tujuh anugerah dalam kategori lain pada tahun 1987.

Filem ini membariskan barisan pelakon yang mantap seperti Nabila Huda, Fikry Ibrahim, Eman Manan, Marsha Milan, Rashidi Ishak dan ramai lagi.

BACA: “Aku izin suami nak kahwin lain tapi masalahnya dia cari skandal bini-bini orang”

Sumber: TikTok Orang Ramai, Zainuddin MJ