Konflik dan pergaduhan dalam hubungan adalah lumrah dan sering kali memerlukan langkah-langkah untuk memulihkan kembali keharmonian.
Baru-baru ini, tangkapan skrin rekod transaksi daripada akaun bank seseorang menjadi perbualan hangat di media sosial X.
Difahamkan transaksi tersebut dilakukan oleh seorang pemuda untuk memujuk teman wanitanya yang sedang merajuk.
“Sungguh cara budak zaman sekarang memujuk awek,” tulis individu yang berkongsi tangkapan skrin tersebut.
Apabila melihat transaksi tersebut, lelaki tersebut menghantar jumlah RM1 sebanyak tujuh kali kepada teman wanitanya.
Dalam setiap transaksi, pemuda itu menulis pesanan khas di ruang rujukan, berharap agar teman wanitanya membuka hati untuk membalas mesej di aplikasi komunikasi.
“Tolong pandang saya. Saya merayu balas (mesej) saya. Please jangan buat saya begini.
“Saya merayu. Balas saya, Saya sayang kau,” tulis lelaki tersebut di ruang rujukan setiap transaksi.
Namun, sehingga kini masih tiada maklumat mengenai punca pergaduhan yang menyebabkan dia mengambil langkah sedemikian.
Harap yang perempuan tu jangan merajuk lama-lama.
Rekod transaksi tersebut mencuit hati netizen yang terhibur dengan usaha lelaki tersebut menggunakan cara yang unik untuk memujuk kekasihnya.
Bahkan, baki akaun yang hanya berjumlah RM4 turut menarik simpati orang ramai.
Ramai yang mengharapkan agar sang kekasih cepat memaafkannya.
“Transfer RM7 tapi dalam bank ada RM4… pening fikir.
Komen netizen pada tangkapan skrin yang menjadi tular.
“Harap yang perempuan tu jangan merajuk lama-lama. Tinggal RM4.41 je lagi duit dia tu.
“Pegawai bank tengok statement ni gelak je. Janganlah buat remark bukan-bukan,” kata seorang netizen.
Perlu diingatkan bahawa pihak bank boleh mengenakan sekatan ke atas akaun mana-mana pelanggan yang melakukan transaksi mencurigakan kerana mungkin disyaki terlibat dalam penyalahgunaan akaun atau aktiviti jenayah.
Baca Juga : Adegan bercium tapi berlapik undang teguran orang ramai, Yusry bertanggungjawab