Muhyiddin isytihar Hajiji bakal KM Sabah jika menang dalam PRN

Perikatan Nasional (PN) memberi bayangan Datuk Hajiji Mohd Nor sebagai bakal Ketua Menteri Sabah yang baharu sekiranya gabungan itu menang pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Keputusan itu juga dicapai melibatkan parti komponen PN iaitu Parti Solidariti Tanah Airku (Star); Parti Maju Sabah (SAPP) dan Bersatu.

Beliau berkata demikian semasa lawatan ke Pejabat Bersatu Bahagian Tuaran, di sini, hari ini.

Dalam ucapannya, Muhyiddin turut mengumumkan parti pembangkang yang melawan Parti Warisan Sabah serta sekutu mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini sebagai Gabungan Rakyat Sabah.

Katanya, Gabungan Rakyat Sabah adalah terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).”Semalam kami duduk bersama semua parti-parti yang sudah sepakat untuk berjuang bagi membolehkan Sabah ini dibela dan dibangunkan.

“Keputusan yang dicapai ialah menamakan gabungan parti yang ada sebagai Gabungan Parti Sabah. “Ini tanda bahawa kami bersatu hati untuk bersama-sama membentuk kerajaan pada 26 Sept nanti,” katanya.

Hadir sama calon PN DUN Sulaman, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan. Muhyiddin berkata, Gabungan Rakyat Sabah itu akan memastikan kesemua parti dalam gabungam itu bekerjasama sebagai satu pasukan

Berita penuh:https://www.astroawani.com/berita-politik/prn-sabah-muhyiddin-beri-bayangan-hajiji-km-sabah-jika-menang-259079