Muhyiddin rayu kerjasama dalam PN untuk hadapi pilihan raya

Muhyiddin Yassin mahu pemimpin politik dalam Perikatan Nasional (PN) membuang perasaan cemburu dan iri hati antara satu sama lain dan bekerja keras seolah-olah pilihan raya umum akan diadakan esok.

Presiden PPBM itu berkata, untuk berjaya dalam pilihan raya tidak ada pilihan lain kecuali kukuhkan semangat dan mengelakkan perpecahan.

“Kita sudah mulakan langkah ini dan diharap diteruskan pada masa akan datang. Marilah kita berganding bahu bekerja rapat dengan beramanah dan berintegriti supaya kita disokong segenap rakyat.

“Yang penting untuk ke hadapan, bagaimana kita nak tentukan usaha yang kita jalinkan membuahkan sesuatu yang bermanfaat, sebab itu kita harus sepakat berbincang secara baik.

“Mengenai PRU, jangan tanya saya bila yang penting berkerja bersungguh seolah-olah esok akan diadakan,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun PPBM Ke-4 hari ini.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/09/08/kerja-keras-macam-esok-pru-kata-muhyiddin/