Muntah tengok muka jiran, lelaki nekad buat tembok setinggi 2.5 meter

Seorang penduduk di Kampung Beji, Daerah Boyolangu, Indonesia terperangkap selepas jirannya nekad mendirikan tembok di jalan masuk ke rumah keluarganya, lapor Detik.com

Ketua Kampung Khoiruddin berkata, jiran keluarga terperangkap tersebut telah menutup laluan jalan masuk itu dengan mendirikan tembok setinggi 2.5 meter.

Menurut Khoiruddin lagi, jalan masuk itu sebenarnya merupakan tanah hak milik penduduk kampung dan bukannya akses jalan oleh kerajaan.

Muntah tengok muka jiran, lelaki nekad buat tembok setinggi 2.5 meter

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

“Tembok itu didirikan oleh jirannya pada waktu pagi, kerana menurutnya tanah itu hak miliknya dan dia mempunyai SHM (Sijil Hak Milik). Di sebalik tembok itu masih terdapat dua buah rumah lagi,” kata Khoiruddin.

Akibat daripada pembinaan tembok berkenaan, dua buah rumah di sebalik dinding itu telah terhalang. Pembinaan tembok itu disyaki berlaku kerana konflik antara dua keluarga yang telah berlarutan sejak tiga tahun lalu.

Kejadian itu telah diketahui oleh kerajaan tempatan dan polis. Akhirnya mereka telah datang ke lokasi untuk menjadi orang tengah dalam konflik antara dua keluarga tersebut.

Manakala jiran yang membina tembok tersebut pada pukul 19.00 WIB telah bersetuju untuk membuka sebahagian tembok yang dibinanya itu untuk memberi akses kepada laluan. Proses rundingan akan diteruskan pada Selasa di Pejabat Kampung Beji, Daerah Boyolangu.

Sumber: Detik.com

Baca : Lama berdiam diri, akhirnya Faisal Halim keluar kenyataan ini