Dalam kehidupan serba canggih ini, pelbagai teknologi dan barangan elektrik telah dicipta bagi memudahkan urusan kerja harian kita.
Jika berbalik pada zaman dahulu, rata-rata orang membersihkan pakaian menggunakan kudrat tangan mereka.
Namun, dengan inovasi manusia seiring kemajuan teknologi, muncul penciptaan mesin basuh elektrik. Penciptaan barangan elektrik ini sememangnya memberikan manfaat kepada masyarakat.
Sehingga kini, mesin basuh boleh ditemui di setiap rumah dan menjadi satu keperluan dalam aktiviti seharian kita. Tidak hairan mengapa ia menjadi satu kepentingan setiap isi rumah kerana menjimatkan tenaga, waktu dan kos.
Mesin basuh tak berputar tapi air masuk, rupanya kena tukar benda ini je..
Pengguna hanya perlu meletakkan pakaian yang kotor ke dalam mesin basuh dan setkan mengikut keperluan mencuci. Kemudian tunggu sehingga selesai sebelum dijemur di bawah matahari.
Bukan sahaja itu, ia juga dapat mencuci pakaian dalam jumlah yang lebih banyak berbanding cara tradisional, menggunakan tangan.
Pun begitu, penggunaan yang lasak atau tidak betul juga menyebabkan mesin basuh ini terdedah kepada kerosakan.
Bagi mesin basuh automatik, masalah yang sering terjadi adalah teknologi ini tidak mampu berputar meskipun semua perkara lain berfungsi seperti biasa.
Mungkin anda tertanya-tanya, apakah punca berlakunya masalah ini? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian Hairulvcool di TikTok.
Dalam perkongsian video berdurasi 1 minit 39 saat, dia menjelaskan masalah mesin basuh automatik yang berfungsi seperti biasa namun tidak berputar.
Jelas Hairul dalam klip tersebut, masalah ini berkemungkinan berpunca daripada pulsator mesin basuh itu sendiri.
“Ok, hai. Assalamualaikum, semua. Ha tengok apa masalah mesin basuh ni.
“Baju ada, air ada tapi tak nak jalan. Kita keluarkan dulu dia punya baju. Kita nak tengok dia punya pulsator dia ni,” ujarnya.
Cara Tukar Pulsator Mesin Basuh
Langkah pertama
Buka terlebih dahulu penutup (cover) mesin basuh tersebut.
Mesin basuh tak berputar tapi air masuk, rupanya kena tukar benda ini je..
Langkah kedua, tanggalkan satu skru yang terdapat di dalamnya.
Langkah ketiga
Tarik keluar pulsator dan periksa pada bahagian bawah. Lihat ‘gigi’ di bawah tersebut. Jika tiada lagi kesan lekuk ‘gigi’, tukarkan dengan pulsator yang baharu.
Mesin basuh tak berputar tapi air masuk, rupanya kena tukar benda ini je..
Jelas Hairul, jika permukaannya telah licin bermakna ia telah rosak dan tidak mampu berputar seperti biasa.
Langkah keempat
Cari pulsator yang sama jenis (jenama). Pasang semula dengan cara yang sama anda keluarkan pulsator.
Langkah kelima
Uji mesin basuh anda dan siap.
@hairulvcool Mesin basuh auto ada bunyi tapi pulsator tak pusing masa wash #fyp #membaikpulihmesinbasuhdanpetisejuk #mesinbasuh #petisejuk #washingmachine #refridgerator #DIYJE #hairulvcool #washtakpusing ♬ Positive background music such as play and games(1251730) – earbrojp
Semoga bermanfaat.