Murid hadiahkan udang galah untuk ustaz

Murid hadiahkan udang galah untuk ustaz

Usia Muhammad Fadhlul Azdzmin Saidin baru tujuh tahun namun sudah tahu menghargai jasa insan yang mendidiknya.

Buktinya, Muhammad Fadhlul Azdzmin pernah menghadiahkan udang hasilnya memancing kepada guru, Muhamad Tarmizi [email protected], 37.

@cikguspiderman7syok sek pedalaman…udang sampai ke kelas😀..nikmati udang fresh di kg#cikgutiktok #tiktokguru #cikguspiderman #cikgupedalaman #pendidikan #cikgu #udang #melanau #sarawak #pancing

♬ suara asli – Natta | Wardah – UmmaBaba

Terbaru, videonya menyerahkan udang kepada Muhammad Tarmizi tular malah menarik perhatian netizen dengan lebih 1.2 juta tontonan selepas dimuat naik guru Pendidikan Islam dan bahasa Arab Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Kut itu di TikTok.

Berkongsi kisah sebenar, Muhammad Tarmizi bersyukur kerana video dimuat naiknya itu mendapat reaksi positif dengan rata-rata memuji anak muridnya.

“Cuma, ramai salah sangka kerana udang itu saya pesan daripada orang kampung dan bukan pemberian Muhammad Fadhlul Azdzmin.

“Bagaimanapun, dia (Muhammad Fadhlul Azdzmin ) pernah beri saya udang hasilnya memancing cuma saya tidak rakam video ketika itu namun takkan lupakannya sampai bila-bila.

“Walaupun udang, ia tetap bermakna kerana pemberian daripada anak didik dan tanda dia ingat serta hargai saya.

“Lagipun, setiap murid ada cara tersendiri dalam menghargai guru mereka dan ia berbeza di bandar juga di desa,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Mengulas keperibadian anak muridnya itu, Muhammad Tarmizi berkata, Muhammad Fadhlul Azdzmin murid yang baik dan mendengar cakap.

“Dia pernah kata kepada saya yang dia mahu jadi seperti ustaz (nama panggilan Muhammad Tarmizi).

“Mungkin kerana keikhlasannya, video dimuat naik saya tular dan ramai nampak kebaikannya.

“Jadi, saya beritahu yang itu rezeki dia berbuat baik dengan orang dan sebagai guru, sudah tentu saya berharap dia dan semua anak murid berjaya di dunia dan di akhirat,” katanya.

BACA JUGA:

Tindak ahli politik sweden bakar al-Quran, Malaysia kutuk sekerasnya

Abdul Hadi Awang anggap cina bukan orang asing dalam hidupnya

8 Individu naik Myvi bertembung Honda Stream, 6 Maut

COMMENTS

Wordpress (2)
  • […] Murid hadiahkan udang galah untuk ustaz […]