Musim panas lit-lit ini, eloklah tiru cara lelaki ini buat rumah jadi sejuk

KEDIAMAN yang tidak dilengkapi pendingin hawa atau aircond pastinya terkesan dengan bahang teruk tatkala Malaysia berdepan cuaca panas kebelakangan ini.

Bagi mereka yang tidak mempunyai bajet untuk memasang aircond, anda sebenarnya boleh menyejukkan rumah dengan menggunakan kipas sahaja.

Mengikut perkongsian oleh Mohd Azrizal Aziman menerusi akaun YouTube Mah Bayu Engineering Sdn Bhd, pemilik rumah boleh membuang bahang dengan meletakkan kipas berdiri di hadapan pintu rumah.

Musim panas lit-lit ini, eloklah tiru cara lelaki ini buat rumah jadi sejuk

Menurut Mohd Azrizal, penghuni boleh menggunakan kipas berdiri yang diletakkan menghadap keluar di pintu rumah bagi membuang haba dengan mudah.

Halakan kipas ke pintu rumah untuk menarik haba panas keluar.

“Ambil kipas, bawa ke sliding door, letak dekat sliding door. Bahagian depan kipas ini fungsinya tolak angin. Yang belakang, tarik angin.

“Jadi kita buka pintu sedikit. Ramai orang apabila musim panas, dia buka pintu luas-luas. Ini menyebabkan rumah jadi lebih panas, sebab angin akan masuk, haba panas dari luar juga akan masuk ikut angin. Jadi rumah makin panas.

“Untuk rumah sejuk, buka pintu sikit saja. Pasang kipas pada kelajuan nombor dua atau tiga. Jadi haba daripada luar tak dapat masuk, haba daripada dalam kita buang keluar,” ujarnya.

Menurut Mohd Azrizal, kaedah itu juga boleh digunakan oleh pemilik rumah yang enggan memasang aircond kerana bimbang tentang peningkatan bil elektrik.

“Teknik ini boleh dicuba kepada anda yang nak jimat elektrik, tak mahu buka aircond. Dalam masa sama, gunalah kipas lain untuk sejukkan dalam rumah.

A boy hanging a clothes under a hot sun due a hot weather. — AZLINA ABDULLAH/ The Star

Bil elektrik boleh meningkat ketika cuaca panas disebabkan penggunaan pendingin hawa secara berterusan. -Gambar hiasan

“Insya-Allah bil elektrik jimat sebab aircond tak buka dan pada masa sama, haba panas dalam rumah boleh dikurangkan. Kalau nak lagi cepat haba keluar, pasang tiga ke empat buah kipas untuk tolak haba keluar,” kongsinya lagi.

Video YouTube itu turut dihujani komen netizen yang berkongsi testimoni mereka mengenai keberkesanan teknik berkenaan.

“Wow tak sangka memang betul-betul berkesanlah. Lepas letak kipas depan tingkap, tak panas dah bilik ni.

“Saya selalu buat cara ini waktu malam. Kipas tarik angin luar (sejuk) ke dalam bilik. Memang berfungsi.

“Done buat, sangat berkesan trick ini, terima kasih,” komen netizen.

Baca juga: Masih merajuk, Yusof Haslam harap Syamsul terbuka hati jumpa mak ayah