Apabila masuk alam dewasa, memohon cuti semasa berkerja bukanlah satu perkara mudah. Lebih-lebih lagi jika alasan yang diberikan tidak nampak atau bunyi mustahak.
Baru-baru ini pelawak terkenal, Nabil Ahmad membuat ‘kerja gila’ apabila menempah papan iklan besar digital di Bukit Bintang untuk mendapatkan kelulusan cuti.
Menerusi video Instagram yang dikongsikan, Nabil telah membawa Dhan Andreas, Ketua Jenama Astro Radio ke Bukit Bintang untuk melihat ‘kerja gilanya’.
Ternyata Dhan atau lebih dikenali ‘Boss Oney’ terkejut besar apabila melihatnya.
Beliau memberikan kelulusan untuk Nabil bercuti dengan syarat dua lagi rakan sekerja Nabil perlu bertugas tanpa cuti sampailah Nabil kembali semula ke konti.
Nabil mengucapkan terima kasih dan memberitahu pelancong-pelancong yang ada di situ bahawa lelaki di dalam papan iklan itu adalah dirinya sendiri bersama bos.
Anda boleh lihat video penuh permohonan cuti Nabil itu di bawah.
Jika anda mempunyai niat untuk bercuti lama, namun sukar diluluskan, mungkin anda boleh tiru apa yang Nabil buat — mengikut kemampuan masing-masing.
Baca : Ayu Raudhah hitung hari lahir anak ke 7! Power Zaqwan Adha