Nahas pesawat China Eastern korbankan 132 penumpang mungkin disengajakan

Nahas pesawat China Eastern korbankan 132 penumpang mungkin disengajakan. Nahas pesawat China Eastern Boeing 737-800 yang mengorbankan 132 penumpang dan kru pada Mac lalu dipercayai sengaja dilakukan, lapor Wall Street Journal.

Menurut laporan itu memetik individu yang biasa dengan penilaian awal pegawai Amerika Syarikat (AS), penyiasat yang menyiasat nahas pesawat itu sedang meneliti sama ada insiden itu berpunca daripada tindakan yang disengajakan di atas dek penerbangan.

Ia memandangkan tiada bukti setakat ini menunjukkan berlaku kerosakan teknikal, kata dua individu yang diberi taklimat mengenai perkara itu.

Laporan Wall Street Journal itu juga melaporkan bahawa data penerbangan dari satu kotak hitam Boeing 737-800 itu menunjukkan bahawa seseorang di dalam kokpit sengaja menyebabkan pesawat itu terhempas.

Boeing Co, pembuat pesawat itu, dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) AS bagaimanapun enggan mengulas dan merujuk soalan kepada pengawal selia China.

Nahas pesawat China Eastern korbankan 132 penumpang mungkin disengajakan

Pesawat China Eastern Boeing 737-800, dalam perjalanan dari Kunming ke Guangzhou, terhempas pada 21 Mac lalu di pergunungan Guangxi dan mengorbankan kesemua 123 penumpang dan sembilan anak kapal.

Ia tragedi penerbangan paling dahsyat di tanah besar China dalam tempoh 28 tahun.

Menurut pihak berkuasa, juruterbang tidak menjawab panggilan berulang daripada pengawal trafik udara dan pesawat berhampiran semasa kejadian.

Satu sumber memberitahu penyiasat Reuters sedang melihat sama ada nahas itu adalah tindakan sukarela.

Tangkapan skrin laporan Wall Street Journal nampaknya ditapis pada platform seperti Twitter di China iaitu Weibo dan aplikasi sembang Wechat hari ini.

Tanda pagar ‘China Eastern’ dan ‘Kotak hitam China Eastern’ diharamkan di Weibo, yang menyebut pelanggaran undang-undang yang berkaitan dan pengguna tidak dapat berkongsi cerita dalam kumpulan sembang di WeChat.

Syarikat China Eastern tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen manakala Kedutaan China di Washington juga tidak segera menjawab permintaan untuk mendapatkan reaksi.

Menurut laporan daripada Boeing, pasukan penyiasat tidak menemui bukti berlaku “insiden yang tidak normal,” kata Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) pada bulan lalu.

CAAC dalam kenyataan sebelum ini berkata, kru penerbangan sudah memenuhi keperluan keselamatan sebelum berlepas.

Katanya, pesawat itu juga tidak membawa barangan berbahaya manakala cuaca adalah baik pada hari kejadian. – REUTERS

BACA:

Bintang muda bola sepak negara didakwa mabuk, saksi sanggup disaman

Awal Ashaari buat challenge langgar palang, ramai terhibur

3 bahan ini dicampur mampu elak ular dan tikus daripada masuk rumah