Najib Bossku tak jadi dibebaskan

Utusan Online telah menarik semula laporan yang menyatakan bahawa bekas perdana menteri Najib Razak telah diberi pengampunan diraja dan dibebaskan dari penjara.

Dalam penjelasannya pada awal petang hari ini, Utusan menyatakan bahawa laporan tersebut ditarik balik kerana terdapat fakta yang tidak dapat disahkan.

“Dengan itu, kami ingin memohon maaf kepada pembaca,” kata portal berita itu.

Najib Bossku tak jadi dibebaskan

Laporan asal tersebut merujuk kepada sumber yang menyatakan bahawa Najib telah menerima pengampunan dari Lembaga Pengampunan semalam.

Menteri Wilayah Persekutuan terdahulu, Zaliha Mustafa, enggan mengulas mengenai keputusan mesyuarat Lembaga Pengampunan mengenai pembebasan Najib. Sebagai anggota lembaga itu, Zaliha malah meminta orang ramai untuk menanti kenyataan rasmi berkenaan perkara tersebut.

Zaliha turut dilaporkan menyatakan di Kuala Lumpur hari ini bahawa Lembaga Pengampunan telah bermesyuarat semalam.

Sementara itu, Najib masih mendekam di Penjara Kajang selepas dihukum penjara selama 12 tahun dan denda RM210 juta atas tuduhan salah guna kuasa berkaitan dengan Kumpulan Wang Persaraan Inc (KWAP) berjumlah RM4 bilion dan dana dari bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd (SRC) sebanyak RM42 juta.

Baca Juga : Ramai ikhlas nak bagi motor kat Derrick