Seminggu selepas Najib didapati bersalah atas kesemua tujuh pertuduhan melibatkan rasuah dan pengubahan wang haram dana RM 42 juta SRC International Sdn Bhd, kini Najib mendakwa wang itu sebenarnya digunakan untuk kerja kebajikan kepada anak yatim.
Dalam satu video berdurasi tujuh minit yang disiarkan pada malam tadi, Najib mendakwa bahawa duit SRC itu sebenarnya digunakan untuk program kebajikan oleh Umno dan dalam program tanggungjawab sosial korporat kepada anak yatim.
Dalam siaran “live” di Facebooknya malam tadi, Najib juga mendakwa bahawa hampir kesemua dana SRC itu bukan digunakan untuk tujuan perbelanjaan peribadinya.
Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/537226