Najib digesa bersihkan nama, heret Jho Low ke mahkamah bersama

Najib digesa bersihkan nama, heret Jho Low ke mahkamah bersama

NAJIB PERLU HERET JHO LOW KE MAHKAMAH JIKA IKHLAS MAHU BERSIHKAN NAMA

1. Pendedahan dokumentari khas oleh Al-Jazeera berjudul Jho Low: Hunt For A Fugitive di mana Jho Low mendakwa mantan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak yang berkuasa ke atas kelulusan semua transaksi 1MDB adalah bukti terbaru berkaitan penyelewengan wang 1MDB melibatkan dana hampir RM20 bilion (AS$4.5 bilion). Jho Low juga mendakwa bahawa hampir RM4 bilion (AS$1bilion) telah dimasukkan ke akaun peribadi Najib yang merupakan satu tuduhan berat. Oleh kerana Najib sering ‘flip flop’ tentang hubungan dengan Jho Low walaupun dia dituduh sebagai rakan sejenayah dalam skandal mega ini, maka Najib perlu mengheret Jho Low ke mahkamah jika ikhlas mahu membersihkan namanya daripada tuduhan ini.

2. Apatah lagi, Jho Low menuduh pentadbiran Najib tidak mahu mendedahkan dokumen ketika mana dia berunding bagi penyelesaian tuntutan mahkamah 1MDB dan DOJ Amerika Syarikat seolah-olah misteri kehilangan Jho Low ini mungkin dilindungi oleh seseorang yang berkuasa. Pihak berkuasa terutama Polis DiRaja Malaysia dan SPRM harus menyiasat pendedahan ini supaya skandal kleptokrasi terbesar dunia ini disiasat sehingga ke akar umbi memandangkan ia melibatkan integriti dan maruah negara.

3. Dakwaan Jho Low bahawa hampir RM 2 bilion (AS$500 juta) dibelanjakan untuk membeli barang kemas Rosmah Mansor juga amat mengejutkan. Pendedahan ini jika benar adalah satu pengkhianatan kepada rakyat dan negara kerana hutang 1MDB perlu dibayar oleh negara. Setakat ini, dianggarkan lebih RM14 bilion hutang 1MDB dibayar melalui kantung negara. Sudahlah kantung negara semakin tenat, rakyat kian menderita akibat tiada pembelaan kerajaan yang tuntas.

4. Wang sebegini besar seharusnya boleh digunakan membantu PKS memajukan perniagaan mereka dan membantu mereka yang hilang pekerjaan terutama ketika kita berhadapan pandemik Covid-19 ini. Pembangunan infrastuktur rakyat seperti pembinaan 4 buah hospital besar dan 60 buah sekolah boleh digunakan jika jumlah wang ini tidak dibelanjakan untuk kemewahan diri. Malahan, jumlah RM4 bilion yang didakwa dimasukkan ke akaun peribadi Najib itu boleh memanfaatkan 400 ribu orang dengan setiap orang menerima RM10,000. Pengkhianatan seperti ini tidak boleh dilupakan rakyat Malaysia yang ikhlas menolak pentadbiran kleptokrasi dalam PRU yang lalu.

Faiz Fadzil
17 November 2020

Sumber:

NAJIB PERLU HERET JHO LOW KE MAHKAMAH JIKA IKHLAS MAHU BERSIHKAN NAMA

1. Pendedahan dokumentari khas oleh Al-Jazeera…

Posted by Faiz Fadzil on Tuesday, November 17, 2020

COMMENTS