“Nak bertanding Tanjong Karang la tu..” – Noh Omar sah masuk Bersatu

Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar, 66, hari ini mengesahkan penyertaan beliau sebagai ahli Parti Bersatu

Bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang itu berkata permohonan menyertai parti itu dibuat secara dalam talian semalam tanpa diketahui sesiapa dan telah diluluskan serta-merta.

“Saya pilih Bersatu untuk terus berjuang dalam politik dan marilah kita menaiki kapal baharu demi agama, bangsa dan negara,” katanya menerusi video yang dikongsikan kepada media.

"Nak bertanding Tanjong Karang la tu.." - Noh Omar sah masuk Bersatu

Sebelum ini, Noh dipecat daripada UMNO disebabkan pelanggaran disiplin parti semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Sumber: BERNAMA

BACA: Pengetua songlap duit sekolah, habis RM75K dalam tabung pelajar