Nak main lato-lato kena berhati-hati! Ni doktor pesan beberapa tip keselamatan, elak cedera.
PERMAINAN kanak-kanak dari seberang, lato-lato kini sedang trending. Tidak mengambil masa yang lama, permainan yang berasal daripada bahasa suku Bugis kajao-kajao itu makin mendapat sambutan di negara kita.
Masakan tidak, jika pergi ke mana-mana taman permainan,ada sahaja kanak-kanak memainkannya. Malah di laman sosial ia juga makin tular.
Tidak salah bermain alat permainan ini kerana ia boleh meningkatkan koordinasi tangan dan bermanfaat kepada perkembangan anak-anak. Namun aspek keselamatan juga perlu dititikberatkan.
“Sekarang dah masuk Malaysia. Mana saya tahu? Sebab minggu ini dah ada satu kes datang ke klinik saya sebab kecederaan akibat main lato-lato.
“Seorang kanak-kanak telah bengkak dan lebam teruk di batang hidungnya terkena pemberat lato-lato,” kongsinya.
Katanya lato-lato mempunyai dua (ladung) pemberat dan diikat dengan tali.
Cara bermainnya memerlukan individu menghayun kedua-dua pemberat ini agar ia bertembung antara satu sama lain di bawah dan atas tangan. Lagi laju ia dihayun maka ia dianggap hebat.
Maka, jika silap hayun, ada risiko ladung laot-lato tidak bertembung sesama sendiri lalu terkena anggota tubuh.
*ADA LATO-LATO YANG LADUNGNYA TU AGAK BERAT, JADI JIKA TERKENA MUKA IA AGAK BERBAHAYA. TERUTAMANYA JIKA MELIBATKAN MATA, GIGI ATAU HIDUNG.*
Dr Kamarul berkata tidak salah untuk main lato-lato cuma perlu berhati-hati. Ibu bapa perlu memastikan anak bermain dengan cara yang selamat dan berpesan agar:
1. Tidak menghayun lato-lato separas atau berhampiran muka. Hayun rendah atau jauh ke hadapan sedikit.
2. Tidak bermain terlalu dekat dengan orang lain, atau di tempat orang lalu lalang. Bimbang terkena orang.
3. Tidak menghayun atau mencampak lato-lato ke arah orang lain. Kena tegah dengan tegas hal ini.
4. Berhati-hati dengan tali lato-lato. Memandangkan ia dililit pada jari, maka jangan sampai terjerut pula.
Seperti yoyo, gasing, kendama atau apa-apa permainan yang mempunyai pemberat yang dihayun, lato-lato mempunyai potensi menyebabkan kecederaan.
Maka ibu bapa perlu memantau anak-anak apabila bermain lato-lato.
Public Health Malaysia juga menyenaraikan beberapa kebaikan bermain lato-lato iaitu antaranya mengurangkan ketagihan gajet, merangsang kemampuan motor, meningkatkan fungsi koordinasi, melatih fokus dan meningkatkan hubungan emosi dan sosial.
Bagaimanapun ia juga mempunyai keburukan iaitu pemainnya berisiko tercedera pada tangan dan muka, terjerut leher, cedera mata dan pencemaran bunyi.
Semoga bermanfaat!
BACA JUGA:
CR7 ajak 4 rakan MU bercuti ke Arab Saudi… Bukti hubungan mereka masih akrab
Rahsia Goreng Ikan Bilis supaya Rangup & Tahan Lama, Begini Rupanya!!