Nak menangis tengok pakcik tua jual bantal kelabu atas kereta

Bermacam-macam cara yang dilakukan oleh segelintir orang demi mendapatkan wang walaupun hasilnya tidak seberapa.

Walaupun usia sudah semakin ‘senja’, satu pasangan suami isteri ini gigih lagi mencari rezeki di sekitar Seri Kembangan, Selangor.
Pak cik bertongkat jual bantal kekabu

Bila tengok video yang dikongsi oleh @reezmell ni, korang mesti teringat ibu dan ayah yang sudah meningkat usia namun pasangan suami isteri ini bersama-sama mencari rezeki dengan menjual bantal kekabu.

Nak menangis tengok pakcik tua jual bantal kelabu atas kereta

Mereka berniaga bantal kekabu di but kereta dan kelihatan pak cik tersebut menggunakan tongkat untuk berjalan. Walaupun ada bantuan tongkat, pak cik itu masih lagi memegang pintu kereta untuk berdiri.

Kata pemilik video, pak cik bersama isterinya itu mula berniaga seawal 7 pagi dan kadangkala, bantal yang dijual tidak laku walaupun hari semakin terik.

Seawal 7 pagi, pak cik bersama isterinya parkir kereta depan restoran sate 7 pagi untuk jual bantal kekabu. Sampai jam 12 tengah hari masih belum laku walau sebiji.

Bagaimanapun, pemilik video berkenaan membantu suami isteri itu dengan cara membeli beberapa buah bantal dan mempromosinya di ruangan kapsyen.

Jom gunakan kuasa lariskan bantal kekabu jualan mak cik pakcik ni. hanya RM30 sebiji. Moga kita sentiasa dimurahkan rezeki dalam berkongsi rezeki juga..

Netizen sedih tengok..

@reezmell Seawal 7 pagi pakcik bersama isterinya parking kereta depan restoran sate 7 pagi utk jual bantal kekabu. Sampai jam 12 tengahari masih belum laku walau sebiji..jom netizen gunakan kuasa lariskan bantal kekabu jualan makcik pakcik ni.. hanya rm30sebijik. Moga kita sentiasa dimurahkan rezeki dalam berkongsi rezeki juga.. aminyra #kongsirezeki #pakcikmakcikjualbantal #fypmalaysia #rakyattorakyat #jomsupport #fypシ゚viral #bantalkekabu #dyp ♬ Dealova Piano – DNP

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sedih melihat pasangan itu berniaga pada awal pagi. Mereka masing-masing mahu memborong bantal yang dijual itu.

Selain itu, ada yang teruja melihat ada lagi bantal kekabu yang masih dijual pada zaman sekarang.

Baik semua orang yang nak tolong pak cik ni.. moga murah rezeki!

Sumber: TikTok

Baca : Mawi dakwa nampak hari kiamat