Nak Nampak cantik dan sihat? Wanita ini kongsi tips serta rahsia resipi remidi turun temurun Jus Kunyit!!
PERNAH dengar tentang jus kunyit? Katanya bagus untuk kecantikan terutama sekali untuk kaum wanita.
Bagi anda yang nak kulit cantik dan sihat tanpa mengeluarkan modal yang banyak, boleh cuba tip yang dikongsikan oleh May Vo Dyakonov.
Selain kecantikan, jus tersebut juga sesuai diamalkan oleh wanita yang sedang berpantang.
Ia dikatakan membantu untuk memulih tenaga dan mengembalikan kecergasan.
“Remedi turun-temurun keluarga saya untuk sihat dan cantik. Dalam rumah memang sentiasa ada kunyit. Luka jer letak kunyit, kesan parut letak kunyit, jerawat letak kunyit. Lepas bersalin minum jus kunyit,” ujar beliau sambil mengakui resipi yang dihasilkan sangat mudah.
*BERIKUT CARA MEMBUAT JUS KUNYIT:*
1) Kunyit hidup basuh bersih-bersih.
2) Kemudian kisar dengan air suam. Selepas itu, tapis dan bolehlah terus minum. Lagi pekat lagi bagus.
3) Simpan dalam peti sejuk nak minum panaskan menggunakan microwave untuk sekali minum sahaja.
*Tip tambahan:*
– Bagi wanita yang dalam pantang, minum dua kali sehari.
– Bagi wanita yang bukan dalam pantang, minum sekali sehari.
-Jangan amalkan selalu jika bukan dalam pantang.
Pada masa sama, May Vo Dyakonov menafikan minum jus kunyit akan menyebabkan seseorang wanita itu cepat menopaus.
“Jangan risau, jus kunyit tidak akan buat kita cepat menopaus. Sebabnya kita bukan minum sekali sekilo kunyit.
“Menopaus ikut keturunan dan juga pemakanan harian kita, betulkan kalau saya salah. Jadi jangan salahkan kunyit. Sebab mak saya dah tua pun period elok je,” jelasnya.
Sementara itu, seorang saintis dan juga Pakar Pemakanan, Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia,Dr Suri Roowi berkongsi beberapa tip untuk menghasilkan jus kunyit dengan kaedah yang betul.
*TEKNIK SEBENAR SEDIAKAN JUS KUNYIT:*
1. Kunyit sebaiknya dikisar, dimasak atas dapur sebelum diminum.
2. Kajian menunjukkan memasak kunyit yang dikisar dalam masa singkat (kurang 10 minit) dapat meningkatkan bahan berkhasiat (curcumin) di dalam air rebusan dan lebih mudah diserap ke dalam darah.
3. Merebus kunyit lama (lebih 15 minit) akan mengurangkan khasiat kunyit hingga 50 peratus. Memanggang akan turunkan khasiat sehingga 75 peratus, manakala menggoreng atau menumis akan kurangkan khasiatnya hingga 98 peratus.
4. Menurut saintis dari Institut Penyelidikan Teknologi Makanan, Mysore, India, memasak kunyit untuk tempoh lama akan menyebabkan kehilangan bahan berkhasiat hingga 53 peratus. Bagaimanapun, kehilangannya dapat diturunkan kepada 30 peratus jika kunyit dimasak atau direbus bersama sedikit asam jawa.
5. Bahan berkhasiat curcumin bersifat lipofilik (suka pada minyak). Oleh itu, bagi meningkatkan penyerapan bahan khasiat dalam darah, kunyit sebaiknya diambil bersama susu atau sedikit minyak zaitun. Penggunaan santan pada kadar sederhana juga dibolehkan.
6. Meminum jus kunyit bersama secubit serbuk lada hitam juga dapat meningkatkan penyerapan bahan berkhasiat dalam kunyit. Kajian menunjukkan bahan piperine (bahan berkhasiat dalam lada hitam) dapat meningkatkan penyerapan bahan berkhasiat kunyit sehingga 2000 peratus.
BACA JUGA:
CR7 ajak 4 rakan MU bercuti ke Arab Saudi… Bukti hubungan mereka masih akrab
Rahsia Goreng Ikan Bilis supaya Rangup & Tahan Lama, Begini Rupanya!!
Rahsia uban tak tumbuh walaupun umur dah lebih 50 tahun.. Hanya guna daun kari dengan yogurt sahaja!