Habuk Pun Tak Mudah Melekat, Ini Tip Bersihkan Rumah Sempena Raya
Hari Raya Aidilfitri bakal berkunjung tiba dan anda masih termenung kerana tidak tahu bagaimana cara terbaik untuk membersihkan rumah secara menyeluruh.
Kebiasaannya, kita akan mengeluarkan lebih sedikit usaha untuk membersihkan rumah sewaktu rumah sebelum lebaran.
Hal ini kerana, ramai sanak saudara yang bakal mengunjungi rumah anda, dan paling menyeramkan keluarga mentua anda sendiri.
Sudah semestinya anda mahu memberikan ‘impression’ yang murni-murni kepada tetamu yang mengunjungi rumah anda sewaktu perayaan.
Jangan kalut nak bersihkan rumah menjelang raya, ikuti tip di bawah
Jangan risau kerana salah seorang pengguna Facebook telah berkongsi beberapa tip untuk membersihkan rumah pada waktu ini.
Pengguna Facebook, Erin Galeri telah berkongsi beberapa tip untuk membersihkan rumah sebersih-bersihnya menjelang waktu Syawal.
1. Kilatkan lantai
Anda hanya perlu menambah beberapa bahan dalam larutan cucian lantai anda untuk memudahkan kotoran pada lantai tertanggal.
Antara bahan yang perlu ditambah adalah cuka, tidak mengenal apa jenis cuka sama ada cuka makan ataupun cuka epal.
Campuran larutan cucian pula ditambah dengan satu baldi air panas dan mop lantai seperti biasa.
2. Tidak mahu habuk senang lekat pada perabot
Bagi mengelakkan habuk senang melekat pada permukaan perabot, anda perlu menyediakan larutan air bercampur dengan pelembut pakaian dengan nisbah 1:10.
Selepas sediakan larutan tersebut, lapkan permukaan perabot dengan menggunakan larutan tersebut sehingga habuk-habuk hilang.
3. Rumah sentiasa wangi
Jika anda mahu rumah anda berbau wangi sentiasa, anda sebenarnya tidak perlu membelanjakan banyak wang untuk pewangi rumah.
Campurkan satu penutup pelembut pakaian dengan satu mangkuk kecil cuka. Kemudian, semburkan campuran berkenaan ke sekeliling rumah, khususnya pada bahagian fabrik seperti langsir, sofa dan sebagainya.
Kalau anda melakukan tip ini, rumah anda akan berbau wangi dan bauan tersebut akan bertahan untuk jangka masa yang agak lama.
4. Cara cuci kipas siling dengan mudah
Mencuci kipas siling merupakan salah satu perkara yang mencabar kerana habuk-habuk akan jatuh ke lantai atau berterbangan ke seluruh isi rumah.
Sebenarnya anda boleh mencuci bilah kipas dengan menggunakan sarung bantal terpakai. Lembabkan sarung bantal berkenaan dan sarungkan pada bilah kipas.
Nak cuci bilah kipas siling yang berhabuk, boleh guna sarung bantal terpakai. Basahkan kemudian sarung bilah kipas itu. Tarik perlahan-lahan agar habuk-habuk tidak berselerak dan berterbangan. Semua masuk dalam sarung bantal itu. Cuci dan lap bilah seterusnya.
5. Bersihkan lantai bilik air
Membersihkan lantai bilik biasa dengan bilik air berbeza disebabkan lantai bilik air sering berada dalam keadaan basah dan meningkatkan kadar pertumbuhan lumut pada ruangan terpencil.
Untuk membersihkan lantai bilik air, sediakan campuran 3:1 (3 sudu soda penaik + satu cawan air) dan siramkan larutan tersebut di atas lantai.
Biarkan lantai anda dalam 30 minit dan selepas itu, anda boleh menyental dan mencuci lantai seperti biasa.
6. Bersihkan ketuhar kotor
Ketuhar yang kotor boleh dibersihkan dengan campuran soda bikarbonat bersama air.
Pastikan sukatan bahan-bahan tersebut likat seperti pes. Campuran tersebut dituang pada tempat yang terkena kotoran selama sejam hingga 12 jam. Selepas itu, anda boleh mengikis kotoran tebal dan lapkan dengan air bersih seperti biasa.
BACA: “Baru keluar kedai kereta dah rosak, Honda pulak kata tak boleh claim RM13K”