Neelofa lahirkan anak lelaki, beri nama Muhammad Bilal

Neelofa lahirkan anak lelaki, beri nama Muhammad Bilal. Pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz berkongsi khabar berita apabila isterinya, Neelofa sudah selamat melahirkan anak lelaki, kelmarin.

Menerusi kenyataan media, mereka memilih Muhammad Bilal Muhammad Haris sebagai nama anak sulungnya itu.

“Assalamualaikum. Puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah SWT untuk segala berkat dan rahmat-Nya.

“Isteri saya, Noor Neelofa Mohd Noor sudah selamat melahirkan putera sulung pada 29 Januari lalu, jam 3.44 petang.

Neelofa lahirkan anak lelaki, beri nama Muhammad Bilal. Pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz berkongsi khabar berita apabila isterinya, Neelofa sudah selamat melahirkan anak lelaki, kelmarin.

Dengan itu, Haris dan Neelofa meluahkan rasa penghargaan atas doa dan ingatan yang diberikan kepada mereka sekeluarga.

“Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan bersyukur atas doa dikirim anda semua. Terima kasih atas ingatan kalian sejak kami mendirikan rumah tangga sehinggalah menimang cahaya mata.

“Sebagaimana kalian mendoakan kesejahteraan saya dan isteri, tahun lalu, mohon titipkan juga doa yang baik agar zuriat yang berada di pangkuan kami mampu menjadi khalifah dan memberikan kebaikan kepada agama serta negara,” katanya.

Pasangan ini juga memohon maaf tidak dapat berkongsi gambar permata hati mereka buat masa ini.

Haris dan Neelofa mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu.

Baca:

Penduduk terkejut air parit tiba-tiba berubah jadi hijau

Banglo Sajat bakal dilelong dengan harga RM9.5 juta

Kelantan pernah jadi pusat pelacuran hingga digelar ‘Paris Of Malaya’ 1950an

COMMENTS

Wordpress (0)