Negara India Tukar Nama Kepada Bharat, Perdana Menteri Jelaskan Sebab Sebenar

Perdana Menteri India, Narendra Modi, yang mengadakan mesyuarat Kabinet bagi membincangkan persiapan untuk Sidang Kemuncak G20,

Beliau mengarahkan menteri mengelak membahaskan kemungkinan penamaan semula India kepada Bharat.

Sputnik, yang memetik akhbar Hindustan Times pada Khamis, melaporkan bahawa Bharat ialah India dalam bahasa Hindi,satu daripada bahasa rasmi negara itu selain bahasa Inggeris.

Media India yang memetik sumber melaporkan kerajaan India mungkin mencadangkan penukaran nama negara itu secara rasmi kepada Bharat dan membawa isu itu ke sidang khas Parlimen yang akan diadakan dari 18 hingga 22 September.

Modi menasihatkan pegawainya supaya tidak membuat kenyataan mengenai isu yang mereka tidak diberi kuasa untuk bercakap atau boleh menimbulkan kontroversi pada Sidang Kemuncak G20 di New Delhi dari 9 hingga 10 September, menurut sumber.

Beliau juga mengarahkan menteri untuk menjalankan tugas mereka dan memerangi serangan terhadap perkara berkaitan akidah, menurut laporan itu.

Parti Bharatiya Janata (BJP) yang memerintah, menggesa Ahli Parlimen dan pegawai parti supaya mengelak daripada membuat ulasan atau kenyataan kontroversi yang boleh menjadi tajuk utama semasa sidang kemuncak itu.

India bakal bertukar nama menjadi Bharat - Media Variasi

“Jurucakap dan pemimpin lain telah diminta bercakap hanya mengenai isu yang mereka diberi kuasa untuk bercakap.

“Mereka tidak seharusnya membiarkan pembangkang merampas naratif semasa tumpuan diberikan kepada India dan sidang kemuncak global,” kata seorang wakil parti.

Kontronersi itu bermula awal minggu ini apabila dalam jemputan rasmi ke jamuan negara bagi pemimpin negara yang akan menghadiri Sidang Kemuncak G20 di New Delhi, jawatan Presiden India, Droupadi Murmu, diletakkan sebagai ‘Presiden Bharat’.

Keputusan Murmu untuk menggunakan nama negara itu dalam bahasa Hindi pada kad jemputannya, serta kemungkinan penamaan semula negara itu, mencetuskan kemarahan dalam kalangan parti pembangkang.

Kebanyakan daripada mereka sebelum ini menyertai Indian National Developmental Inclusive Alliance (I.N.D.I.A.) yang baru ditubuhkan untuk menentang National Democratic Alliance yang memerintah, pada pada pilihan raya 2024.

Baca Selanjutnya :