Orang dalam gambar ini ada Jordan Belfort, seorang bekas broker saham Amerika dan bekas banduan. Kini dia pengarang dan pakar motivasi.
Pada tahun 1999 dia mengaku bersalah atas tuduhan penipuan saham dan pengubahan wang haram. Tuduhan kedua sama macam yang dikenakan ke atas anak tiri Mohd Najib Abdul Razak, Riza Shahriz Abdul Aziz.
Belfort didapati bersalah, dihukum penjara empat tahun (jalani 22 bulan) dan ganti rugi AS$110.4 juta (kira-kira RM496.8 juta). Dia dituduh menyebabkan pelabur rugi AS$500 juta (RM2.25 bilion). Itu di mahkamah negara orang putih-kafir.
Riza dituduh di negara Melayu-Islam lakukan jenayah pengubahan duit haram AS$248 juta (RM1.25 bilion) dilepas tanpa dibebaskan dengan hanya bayar ganti rugi AS$107 juta (RM481.5 juta).
Negara kafir lebih ambil berat tentang jenayah. Tak hairanlah kalau dalam Indeks Keislaman (Islamicity Index), Amerika duduk tempat ke-26 tapi Malaysia nombor 45. Dengan Singapura pun kita kalah. Tempat nombor satu New Zealand.
Yang menariknya ialah Belfort inilah watak utama dalam filem “Wolf of Wall Street” yang diterbitkan syarikat perfileman Riza yang bernama Red Granite.
Filem komidi hitam separuh lucah ini seolah-olah menjadi ilham dan panduan kepada Riza dan rakan kowtimnya, Jho Low, tentang bagaimana melakukan jenayah kolar putih dan hidup berfoya-foya.
Kalau dalam filem tayangan terkawal (kerana terlalu banyak adegan seks dan carutan) ini menceritakan “scam” Belfort pada tahun 1980an dan 1990an, acuannya digunakan oleh Jho Low dan Riza apabila Najib naik menjadi Perdana Menteri pada tahun 2009.
Apa yang ramai Melayu-Islam penyokong Bossku tidak tahu atau buat bodoh kerana disuapkan dedak adalah melalui filem “Wolf of Wall Street” itu saja, syarikat Riza di Hollywood buat untung AS$292 juta (RM1.2 billion).
Jadi kalau ikut itu, hukuman dan denda yang dikenakan ke atas Riza sangatlah ringan.
Wallahuaklam.Terima kasih.
Sumber :