Netizen kecam lelaki ni hadiahkan kondom kepada pengantin, ‘lawak tak kena tempat’

Netizen kecam lelaki ni hadiahkan kondom kepada pengantin, 'lawak tak kena tempat'

Netizen kecam lelaki ni hadiahkan kondom kepada pengantin, ‘lawak tak kena tempat’.TINDAKAN sekumpulan lelaki yang cuba ‘berjenaka’ dengan memberi kondom sebagai hadiah perkahwinan kepada pasangan mempelai, ternyata mengundang kecaman hebat daripada warga maya.

Menerusi video yang mula tular di media sosial sejak lewat petang Sabtu, kelihatan beberapa pemuda mengeluarkan kotak berisi kondom daripada poket seluar dan bungkusan sebelum masing-masing menyerahkannya ke tangan pengantin lelaki yang sedang bersanding di pelamin.

Berniat untuk bergurau dengan pengantin lelaki yang merupakan rakan mereka, namun tindakan tersebut mengundang rasa kurang senang ramai yang menyifatkannya sebagai kurang adab dan ‘lawak tidak kena tempat’.

Susulan kecaman tersebut, pengantin lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Pokbey, tampil memohon maaf bagi pihak rakan-rakannya.

“Saya sebagai pengantin memohon maaf ke atas video ini. Saya pun ingin memohon maaf atas kesilapan kawan saya, tidak tahu sampai viral satu Malaysia,” katanya kepada mStar.

Netizen kecam lelaki ni hadiahkan kondom kepada pengantin, 'lawak tak kena tempat'

Menurut pemuda berusia 23 tahun itu, rakan-rakannya turut berasa bersalah kerana ‘gurauan’ mereka secara tidak langsung membuatkannya menjadi perhatian ramai.

“Saya tak ambil hati pun, biarlah perkara itu nampak tidak hormat. Mereka sahabat-sahabat saya. Saya tak boleh huraikan, apa saya boleh cakap, ia perkara yang saya tak boleh lupakan dalam hidup,” ujarnya.

Pokbey (tengah) memohon maaf bagi pihak rakan-rakannya kerana penularan video ‘kondom’ yang menimbulkan rasa kurang senang ramai pihak.

Menurut Pokbey yang bekerja dalam bidang kimpalan, video tersebut dirakam oleh salah seorang rakannya ketika majlis persandingan di sebelah pengantin lelaki yang bertempat di Tawang, Bachok, Kelantan pada 6 Jun lalu.

Enggan mengulas lebih lanjut, Pokbey berharap agar insiden tersebut dijadikan pengajaran bersama.

Terdahulu, video berdurasi 2.05 minit itu tular selepas dikongsi di laman Twitter @malaysiavirall.

Jijik perangai. Kena jemput datang majlis orang tapi tak fikir air muka tuan rumah.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen menyelar tindakan beberapa pemuda berkenaan kerana bergurau ‘tidak kena tempat’ kerana disulami unsur lucah.

Malah ada yang mengaitkan sikap tidak senonoh tersebut dengan unsur kenegerian.

“Nasihat ambe (saya), jangan nikah dengan lelaki Kelantan yang jenis perangai macam ni.

Antara komen-komen netizen yang mengecam tindakan rakan-rakan pengantin lelaki.

“Kesian tengok pengantin terpaksa hadap b*ruk. No wonder time PKP dulu, negeri paling mencatatkan capaian website layan porno ialah negeri ini.

“Jijik perangai. Kena jemput datang majlis orang tapi tak fikir air muka tuan rumah,” demikian antara komen netizen.

Sehingga kini video berkenaan meraih lebih 154,000 jumlah tontonan dan lebih 2,000 ulang kicau.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh mStar (@mstaronlineofficial)

 

BACA:

Netizen sindir kereta kayangan guna RON95, ‘ingat semua orang kaya senang ke?’

Candat sotong tanpa lesen boleh dikompaun RM20,000, ramai tak tahu

Netizen sebak, ini perkongsian terakhir arwah Adibah Noor di twitter

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Netizen kecam lelaki ni hadiahkan kondom kepada pengantin, ‘lawak tak kena tempat’ […]