Netizen Malaysia kagum tengok wanita Thai buat review pasal KTM walaupun tak faham

Satu video daripada seorang pelancong dari Thailand telah mencuit hati dan meraih pujian netizen, video tersebut berkenaan dengan cara wanita itu membuat review.

Video yang berdurasi 1 minit 28 saat itu telah meraih 911 jumlah perkongsian dalam masa 8 jam. Dalam video tersebut, wanita itu membuat review berkenaan dengan KTM di Malaysia.

Wanita ini memberikan review berkenaan harga perjalanan dari Pasir Mas, Kelantan ke Johor Bahru dan harganya begitu murah, malah dia juga teruja dengan tempat duduk kelas pertama yang sangat selesa serta kagum melihat pintu automatik untuk ke tandas.

Netizen Malaysia kagum tengok wanita Thai buat review pasal KTM walaupun tak faham

Malah, dia juga ada buat review makanan dan tempat tidur yang selesa. Apa yang menjadi perhatian netizen adalah wanita ini menggunakan bahasa Thailand.

Mereka tidak faham tetapi ramai yang dapat rasakan bahawa ia adalah satu review yang baik.
Ia dibuktikan menerusi dubbing dalam bahasa Inggeris yang dibuat pada aplikasi terjemahan daripada video ini.

Ternyata wanita ini difahamkan sedang memuji kemudahan yang disediakan tren KTM. Tengok review ni, min pula terasa macam nak naik KTM ke Thailand.

Baca juga: Tokti geram! Cari abang food panda guna mukanya sebagai filter