Netizen marah, gesa menteri ambil tindakan terhadap pengasas produk tunjuk punggung.
Tindakan empat usahawan produk iaitu Kak KM, Datuk Seri Vida, Ifa Raziah dan Cheta Pot Pet membuat aksi tayang dan tepuk punggung untuk promosi acara Minggu Usahawan Negara mendapat kecaman netizen.
Video yang tular itu turut mempersoalkan tindakan berkenaan serta mahu meminta pandangan menteri mengenai perkara berkenaan.
Dalam video yang dipaparkan, Kak KM bertindak menepuk punggung mereka seolah mahu ‘menguji kehebatan aset’ mereka.
“Punggung siapa yang paling mencengkam sekali, kita tengok! Jadi siapa nak dapatkan punggung paling ‘aum’ sekali, korang kena datang,” katanya.
Dalam pada itu, rata-rata netizen yang mengecam pula menyatakan tindakan keempat-empat usahawan produk itu dilihat sebagai perkara yang memalukan dan menjatuh maruah wanita.
View this post on Instagram
BACA:
Ramai yang komen lucah selepas Azira ‘De Fam’ tayang body pakai baju seksi
Netizen geram tengok gadis ‘kurang ajar’, suruh cleaner bersihkan kasut
Ini cara tebus baucar Shopee RM400, ramai yang tidak tahu