Netizen sindir kereta kayangan guna RON95, ‘ingat semua orang kaya senang ke?’

Netizen sindir kereta kayangan guna RON95, 'ingat semua orang kaya senang ke?'

Netizen sindir kereta kayangan guna RON95, ‘ingat semua orang kaya senang ke?’.Tindakan pemilik kereta mewah dan berprestasi tinggi beralih kepada penggunaan petrol RON95 yang dijual pada harga RM2.05 seliter menyebabkan golongan B40 ‘terhibur’.

Malah, mereka diibaratkan seperti beli lembu boleh tapi tali tak mampu apabila harga petrol RON97 naik mendadak sehingga RM4.83 seliter.

Di beberapa stesen minyak sekitar Lembah Klang, pengguna pelbagai jenis kenderaan seperti Toyota Alphard, Toyota Vellfire, Land Rover, BMW dan Mercedes-Benz dilihat memilih untuk mengisi petrol RON95.

Tindakan golongan ‘kayangan’ terbabit menggunakan petrol yang subsidinya ditanggung oleh kerajaan itu turut mengingatkan netizen babak filem terbitan tahun 1961, “Ali Baba Bujang Lapok”.

“P. Ramlee dah sebut lama dah. Ingat semua orang kaya senang kaa? Kadang-kadang pun sassak (sesak) daa,” sindir pengguna Facebook, Ariff Kadir Al-Katami.

Netizen sindir kereta kayangan guna RON95, 'ingat semua orang kaya senang ke?'

Nuramirul Sham pula berpendapat “minyak mewah” adalah berpadanan dengan kereta mewah.

“Kereta mewah kan. Minyak kenalah dengan mewahnya. Takkan kereta mewah sapu minyak subsidi,” perlinya.

Sementara itu, Esham Sham menulis, “Beli lembu boleh tapi tali tak mampu” manakala Nurul Ashikin lebih ‘kejam’ apabila mengesyorkan supaya pemilik kereta mewah terbabit buang sahaja kereta mereka.

“Baik buang sajalah kereta mahal kau tu. Masa beli bukan main lagi dah tahu tak mampu sibuk beli kereta mahal buat apa,” kecamnya lagi.

Sindiran sama dilontarkan Mohd Nur Azman Naim yang menasihatkan agar majoriti rakyat negara ini tidak usah berangan jadi golongan T20.

“Kita ni kalau dah memang M40 B40, tak payahlah berangan jadi T20. Tak cukup kain nanti. Jadilah diri sendiri dan syukur.

“Dah tau bukan T20, jangan beli kereta T20. Itu tandanya belum tahap T20 lagi,” kata Nur Azman lagi.

BACA:

Candat sotong tanpa lesen boleh dikompaun RM20,000, ramai tak tahu

Netizen sebak, ini perkongsian terakhir arwah Adibah Noor di twitter

Kita banyak buat saman tapi satu pun tak da kesan’, keluarga Adib tak mahu dah fikir pasal Tommy

COMMENTS

Wordpress (2)
  • […] Netizen sindir kereta kayangan guna RON95, ‘ingat semua orang kaya senang ke?’ […]

  • […] Netizen sindir kereta kayangan guna RON95, ‘ingat semua orang kaya senang ke?’ […]