Pelakon Nora Danish menafikan dakwaan punca perpisahan dengan bekas suami, Nedim Nazri adalah disebabkan oleh masalah kewangan.
Kewangan bukan punca perpisahan
Memetik laporan Berita Harian, Nora berharap tiada sebarang teori yang timbul susulan perceraiannya dengan Nedim pada malam Rabu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Saya harap anda semua dapat menghormati perpisahan kami dan tidak timbulkan sebarang teori. Ini kerana saya sangat mementingkan keharmonian kedua-dua keluarga.
Saya sangkal dakwaan masalah kewangan menjadi punca perpisahan.
Kami sudah duduk berasingan sejak enam bulan lalu dan cuba selamatkan rumah tangga dibina tujuh tahun lalu, tapi tak berhasil.
Meskipun sudah berpisah, Nora memberitahu dia dan Nedim sangat mementingkan keharmonian kedua-dua keluarga.
Malah, Nora juga sempat menyambut Hari Bapa Bersama Nedim dan anak-anak, baru-baru ini.
Kami hanya merancang, namun Allah menentukan segala-galanya. Anak-anaknya juga sedia maklum mengenai perpisahan, tetapi hubungan bersama anak tiri tetap baik.
Kami memang baik, setiap manusia lalui ujian berbeza-beza. Tapi untuk capai tahap keredaan dan datang bersama ke mahkamah pada hari ini bukanlah mudah.
Bagaimanapun, pengalaman sebelum ini mematangkan kami. Kami hanya ingin membesarkan anak-anak dengan kasih sayang dan positif. Harap anda semua doakan yang terbaik.
Untuk rekod, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl berusia enam tahun.
Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15, sebelum bercerai pada 2008.
Sementara itu, Nedim pula pernah mendirikan rumah tangga dengan Nabilah Khan pada 2011 dan bercerai dua tahun kemudian. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata, Mohamed Nedrin, 12.
Sumber: Berita Harian
Baca : Ahli keluarga suspek serang balai polis Ulu Tiram didakwa terbabit dengan IS