Netizen yang masih berminat dengan sketsa Tun M, tiada kebaikan baharu, ikuti kelaziman figura nombor 1 bercerita buruk tentang Anwar

Netizen yang masih berminat dengan sketsa Tun M, tiada kebaikan baharu, ikuti kelaziman figura nombor 1 bercerita buruk tentang Anwar.

Pada 22 September 1999, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi Perdana Menteri ketika itu pernah menegaskan pendiriannya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh dibenarkan menjadi pemimpin dalam negara seperti Malaysia.

Pendirian berkenaan disuarakan dalam satu sidang media 23 tahun lalu, di mana Dr Mahathir ketika itu mendakwa Anwar terpalit dengan tuduhan berkaitan jenayah seksual.

Ketika ditanya sama ada beliau masih berpegang pada pendirian itu selepas Anwar kini menjadi Perdana Menteri Ke-10, Dr Mahathir menegaskan beliau masih berpandangan individu yang memiliki isu moral, terutama berkait kebebasan seks, tidak layak menjadi Perdana Menteri di Malaysia.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri itu berpandangan, latar belakang berkait moral Anwar tidak lagi perlu diambil kira memandangkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu sudah mendapat pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong pada 2018.

“Itu (isu liwat) dipermainkan media antarabangsa, khususnya Israel. Israel berkata (media Israel melaporkan), buat kali pertama Malaysia memilih Perdana Menteri terbabit dengan kebebasan seks.

“Sebab itu pada masa itu pun, saya berpendapat orang mempunyai moral sebegitu tidak sepatutnya menjadi Perdana Menteri. Sekarang ini saya masih mempunyai pendapat yang sama, tapi kita dapati ada sistem pengampunan di Malaysia.

“Kalau pihak terbabit mengampunkan Anwar, kita perlu terima hakikat latar belakang dia itu tidak lagi boleh diambil kira,” katanya.

Beberapa hari selepas PH memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei 2018, Dr Mahathir yang pada masa itu masih bersama pakatan berkenaan dan dilantik menjadi Perdana Menteri kali kedua, memaklumkan Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Muhammad V bersetuju memberikan pengampunan penuh kepada Anwar.

Ditanya mengapa bersetuju dengan pengampunan Anwar pada 2018 jika beliau kekal dengan pendirian berkenaan, Dr Mahathir memaklumkan dirinya tiada pilihan ketika itu kerana perlu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Antara kerajaan Najib yang buruk dengan masalah Anwar, saya berpendapat bahawa lebih utama adalah keburukan pemerintahan Najib.

“Oleh kerana itu lebih bahaya, saya terpaksa kerjasama dengan semua pihak, terutama daripada parti lawan yang dulu bermusuh dengan saya untuk jatuhkan Najib pasal itu perkara lebih utama,” katanya.

BACA JUGA:

Peminat tarik nafas lega, walaupun Nad Zainal akui hampir gila

Di mamah jerung harimau, wanita ini meninggalkan mesej terakhir

Ibu resah 2 bulan lagi anak 4 tahun masuk tadika, tapi masih tidak boleh tinggalkan susu, ikuti caranya